KUALA TERENGGANU: Penaung
Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Sri Paduka Raja
Tengku Ibrahim ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah mendesak
Kerajaan BN Terengganu memberikan penjelasan tentang wang rakyat RM30
juta yang dianggap lesap.
Desakan
itu, kata Tengku Ibrahim ditujukan kepada Menteri Besar (MB) Terengganu,
Dato’ Seri Ahmad Said melalui suratnya bertarikh 6 November 2013, lalu
hingga kini tanpa jawapannya.
Menurutnya,
isu pemberian 12,000 ekar tanah hutan kepada 12 buah syarikat kilang
papan di Terengganu menjadi “hangat” apabila melibatkan wang rakyat RM30
juta.
Katanya,
meski pun perkara tersebut telah dibangkitkan oleh rakyat Terengganu
sebelum PRU13, tetapi tidak ada penjelasan dari kerajaan negeri.
“Saya
ada tulis surat untuk mendapatkan penjelasan kepada MB Terengganu (Dato’
Seri Ahmad) pada 6 November (2013) lalu mengenai kawasan kayu balak
12,000 ekar dan wang pembayaran sebanyak RM30 juta.
“Pemberian
12,000 ekar tanah balak oleh Kerajaan Terengganu kepada 12 buah
kilang-kilang papan di Terengganu, melalui surat rujukan Bil.(55) dalam
PHNT (SULIT) 62/SK 1/BHG 7 bertarikh 17 Julai 2012.
“Apa
yang menimbulkan persoalan iaitu setiap buah syarikat kilang papan itu
dipaksa membayar RM2.5 juta kepada sebuah syarikat peguam di Kuala
Lumpur sebelum tanah balak itu diberikan kepada mereka (pengusaha),”
jelasnya kepada Harakah di pejabatnya, 4 Disember lalu.
Menurutnya,
setiap buah syarikat kilang terbabit telah diberikan kawasan hutan
balak seluas 1,000 ekar dengan pembayaran yang ditetapkan itu.
Kata Tengku Ibrahim, jumlah yang telah dibayar kepada syarikat guaman tersebut berjumlah RM30 juta.
“Saya
dukacita, saya ingin tahu dan rakyat Terengganu juga berkehendakkan
jawapan dan penjelasan kenapa wang RM30 juta itu dibayar kepada pihak
syarikat guaman dan atas dasar apa wang itu disalurkan kepada pihak yang
tidak ada kaitan dengan pemberian kayu balak kepada 12 buah syarikat
kilang papan itu.
“Saya
berpendapat bahawa wang RM30 juta itu adalah satu pembayaran berbentuk
rasuah dan salah laku yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang
berkepentingan di sekeliling Menteri Besar,” tegasnya.
Justeru
itu, beliau turut mendesak Ahmad agar segera menyerahkan kes skandal
balak tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Katanya,
tindakan melalui SPRM itu penting bagi siasatan menyeluruh ke atas
skandal balak berkenaan serta mendakwa pihak yang bersalah ke muka
pengadilan mahkamah.
Harakah
dimaklumkan, empat persoalan yang dituntut oleh Tengku Ibrahim kepada MB
Terengganu berkaitan skandal wang balak berjumlah RM30 juta tersebut.
“Pertama,
siapakah yang mengarahkan wang RM30 juta itu dibayar oleh 12 buah
(syarikat) kilang papan kepada peguam yang menyediakan perjanjian.
“Kedua, rakyat mahu tahu ke manakah wang (RM30 juta) ini disimpan dan untuk tujuan apa wang itu dibayar.
“Ketiga,
wang (RM30 juta) ini harus dibayar kepada khazanah negeri Terengganu
atau kepada Jabatan Perhutanan Negeri (Terengganu) sebab wang ini adalah
wang rakyat dan perlu Dato’ Seri (Ahmad Said) memberi penjelasan di
atas pembayaran ‘haram’ ini.
“Dan
keempat, adalah mustahil dan tidak masuk akal Dato’ Seri Ahmad selaku MB
Terengganu tidak tahu menahu wang RM30 juta ini dibayar kepada pihak
peguam,” soalnya melalui surat tersebut.
Harakah
difahamkan, surat Tengku Ibrahim tersebut turut dihantar salinannya
kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya dan SPRM Cawangan
Terengganu.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.