"Bohonglah
kalau saya tidak ada rasa kecewa dengan apa yang berlaku sepanjang
Perhimpunan Agung UMNO 2013 ini. Tapi saya pasrah kerana bila terjadi
begini, barulah saya sedar siapa lawan, siapa kawan,".
Itulah kata Datuk Seri Wira Ali
Rustam, bekas ketua Menteri Melaka yang masih mampu tersenyumwalaupun
dalam diam dipinggirkan oleh semua Umno Bahagian di Melaka.
"Kalau saya masih lagi Ketua
Menteri Melaka, saya pasti semua Bahagian di negeri kelahiran saya ini
akan menyokong penuh hasrat saya.
Oleh kerana saya sudah bukan
sesiapa lagi dan tidak ada kuasa memerintah, mungkin itulah sebabnya
mereka tidak mahu menyokong saya,”katanya.
Apapun kata Ali, sewaktu memegang tampuk kuasa, memang semua ahli UMNO mendampinginya tidak kira masa. "Yang sudah tu sudahlah. Saya tak mahu berdendam.
Biarlah orang buat kita dan tak perlu kita nak benci sesiapa. Cuma saya kini sedar yang mana kawan dan yang mana lawan.
"Tak sangkalah juga ramai di
kalangan kawan-kawan saya rupa-rupanya ada kepentingan diri dan tidak
ikhlas dalam menjalin persahabatan,” ujarnya.
Tambah Ali, walaupun tidak
memegang apa-apa jawatan pentig dalam negeri, dia tetap berpuas hati
kerana berjaya membangunkan Melaka sebagai antara negeri termaju dan
tercantik di Malaysia.
"Biarlah kalau orang negeri
sendiri lupa pada saya asalkan orang luar tahu bahawa perubahan Melaka
hari ini adalah antara hasil kerja saya selama menjadi Ketua Menteri
selama 15 tahun," katanya. ~malaysiagazette
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.