Naik 'lebam-lebam' muka Rafizi dan Che Gu Bard dan nyaris 'patah batang leher' hasil kerja-kerja 'brutal' NGO macai.
_________________________________________________________
Yang hairan wal ajaibnya tak macai-macai tu ditanggung hingga mati oleh amenu?Kalau ditanggung seumur hidup tak hairanlah macai boleh bertindak begitu......ni tidak, hanya beberapa keping biskut kering, teh-ais bungkus, sekotak rokok, topi sudu dan baju - T sanggup mencampakkan harga diri demi kelangsungan amenu.
al-brangionline;
Dengan puak-puak ni usah cakap pasal harga dirilah bro......semua dah terhumban ke longkang. _______________
NGO lapor polis Himpunan 31 Dis, koyak gambar Rafizi,CheguBard
Kumpulan itu menayangkan gambar Rafizi secara terbalik dan bertindak mengoyak serta
memijaknya di perkarangan balai polis.
PETALING JAYA: Lima badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pemuda Umno hari ini
membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin yang didakwa sebagai
dalang menghasut rakyat turun menyertai Himpunan 31 Disember.
Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M), Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM),
Pertubuhan Memartabat Jaringan Melayu Malaysia (MJMM),
Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, serta Bridget Kesatria Mahasiswa masing-masing
mengemukakan laporan polis di Balai Polis Damansara di sini petang tadi.
Turut diserahkan beberapa bukti bergambar dan salinan video rakaman
ucapan Rafizi dan Badrul, atau dikenali CheguBard.
Sejurus selepas selesai membuat laporan, kumpulan itu menayangkan gambar
Rafizi secara terbalik dan bertindak mengoyak serta memijaknya di perkarangan
balai polis.
SAM1M dalam laporannya mahu polis menyiasat Rafizi kerana mengeluarkan
kenyataan menyokong perhimpunan menggulingkan kerajaan dan mengelirukan rakyat.
Begitu juga dengan CheguBard dan Ketua Propagandanya Edy Noor Reduan
secara terbuka menghasut rakyat bersatu dan berhimpun di Dataran Merdeka
pada malam tersebut.
“Kami membuat laporan ini kerana sangsi berdasarkan beberapa bukti kukuh
bahawa perhimpunan ini adalah haram disisi undang-undang.
“Mereka juga tidak mendapatkan permit daripada polis mahupun pihak
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya dalam laporan.
Sementara itu, wakil Briged Kesatria Mahasiswa Muhamad Nur Aizat Noor Azam
dalam laporannya mendakwa SAMM mengajar anak muda tidak pedulikan
undang-undang sebaliknya memberontak terhadap penguasa.
“Kami berharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang setimpal dengan
puak-puak ini kerana takut perangai sebegini akan menular dan mengajar
anak muda terus berkelakuan liar tanpa batasan dan hormat undang-undang,”
katanya.
Sementara itu, Exco Pemuda Umno Pusat Armand Azha Abu Hanifah berkata,
kedua-dua
pemimpin PKR itu perlu dipertanggungjawabkan jika berlaku sebarang
huru-hara atau kerosakan awam semasa malam ambang merdeka nanti.
“Kalau ada antara mereka yang mengeluarkan bendera lain selain
bendera Malaysia, mereka juga kena ambil tanggungjawab,” katanya.
Beliau turut mendesak supaya Rafizi dan CheguBard dibuang negara
atau taraf kerakyatan ditarik balik jika sesuatu yang tak diingini
berlaku sepanjang himpunan tersebut.
“Rakyat tak mahu demonstrasi jalanan yang menggulingkan kerajaan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.