JAHARA Hamid (duduk, kanan) bersama barisan kepemimpinan Wanita UMNO Negeri menuntut Lim Guan Eng memohon maaf secara terbuka kepadanya berhubung gelaran 'nenek rasis' dalam sidang akhbar di Georgetown, Pulau Pinang |
Sehubungan itu, beliau memberi tempoh seminggu kepada Guan Eng untuk meminta maaf kepadanya jika tidak mahu tindakan saman tersebut diteruskan.
Jahara berkata, tindakannya membangkitkan isu gerai peniaga Melayu dirobohkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang di dalam DUN ternyata telah diputarbelitkan oleh Guan Eng bagi mengelirukan rakyat tentang perkara sebenar.
"Memfitnah saya sebagai pembohong merupakan serangan peribadi yang serius dan menjatuhkan maruah saya sebagai seorang perempuan dan Ketua Pembangkang DUN.
"Kata-kata berbentuk serangan peribadi ke atas saya adalah tidak wajar dan saya meminta Guan Eng memohon maaf secara terbuka demi menjaga prinsip kebebasan bersuara dan keutuhan institusi DUN serta memelihara kehormatan dan integriti ketua Menteri dan Ketua Pembangkang," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.
Guan Eng dalam sidang akhbar semasa sidang DUN baru-baru ini menggelarkan Jahara sebagai 'nenek rasis' kerana dikatakan cuba membangkitkan isu perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.
Guan Eng kemudiannya memohon maaf kepada Jahara tetapi hanya untuk gelaran 'nenek' malah Setiausaha Agung DAP itu tetap menyifatkan Jahara sebagai seorang yang rasis.
Jahara menambah, sebagai Ketua Menteri, Guan Eng perlu mendengar dan membantu menyelesaikan masalah rakyat serta tidak menyelar sesiapa yang membangkitkan isu sedemikian terutama daripada wakil rakyat.
"Saya minta Guan Eng sebagai ketua sesebuah kerajaan menganalisis semua fakta dengan teliti dan rasional serta positif," ujarnya.
IdaMan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.