Followers

Friday, December 13, 2013

Nalla tekad tentang Anwar


KUALA LUMPUR - Senator Datuk S. Nallakaruppan berikrar di dalam Dewan Negara hari ini untuk terus berhadapan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga ke titisan darahnya yang terakhir.

Nalla tekad tentang AnwarBeliau berkata, ini berikutan Anwar sehingga kini tidak henti-henti membawa kerosakan kepada negara serta menipu rakyat semata-mata untuk memenuhi impiannya sebagai Perdana Menteri.

Nallakaruppan berkata, Malaysia perlu diselamatkan daripada diperintah oleh pemimpin sebegini dan atas sebab itu beliau bertekad menentang Anwar walaupun tidak lagi memegang apa-apa jawatan pada satu hari nanti.

''Saya sayangkan Malaysia. Oleh itu saya mahu beritahu rakyat siapa Anwar sebenarnya. Saya amat mengenalinya sejak dia memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Disebabkan dia, saya disoal siasat selama 52 hari di Bukit Aman.

''Ada orang kata saya tidak akan lagi berhadapan dengan Anwar selepas saya tidak lagi menjadi Senator. Tidak, walaupun saya tidak lagi menjadi Senator saya akan tetap menentang Anwar. Ini negara saya dan darah saya hanya untuknya (negara ini)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan Negara, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Nallakaruppan meminta kerajaan mengambil tindakan paling tegas terhadap Anwar ekoran perbuatannya memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh membiarkan perkara tersebut terus berlaku dan sesuatu perlu dilakukan untuk menghentikannya seperti mana yang pernah dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam pada itu, Nallakaruppan menarik perhatian semua Ahli Dewan Negara apabila beliau membuat satu perumpamaan bagaimana sebiji epal boleh dikatakan sebiji oren merujuk kepada kehebatan Anwar dalam menipu rakyat.

Beliau di dalam perbahasan turut menegaskan bahawa, Anwar boleh menyamannya pada bila-bila masa dan sedia memberi keterangan di mahkamah.

Terdahulu, perbahasan Nallakaruppan terhenti beberapa kali apabila diganggu oleh Senator Izham Ramli yang tidak puas hati dengan kenyataannya mengenai Anwar.

Walau bagaimanapun, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Zahar Ujang meminta Izham duduk dan membenarkan Nallakaruppan meneruskan perbahasan. - Utusan

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.