Followers

Friday, December 20, 2013

Najib jual aset negara untuk capai sasaran defisit (Ainudin Othman)



RafiziPengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

“Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentadbiran Najib sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta-harta negara (melalui securitization of government mortgages) untuk menampung keborosan dan pembaziran kerajaannya,” kata Rafizi.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN,, hari ini.

Katanya, laporan terkini dari Bank Dunia iaitu ‘Malaysia Economic Monitor:December 2013′ pada muka surat 10 menyatakan kerajaan ingin mencapai sasaran defisit 4 peratus bagi 2013 melalui keuntungan cukai tambahan berjumlah RM11.8 bilion.

Menurut Rafizi, RM1.4 bilion itu dijangka diperoleh daripada jualan aset dan RM4.2 bilion daripada cagaran harta-harta negara.

“Saya syak rancangan menjual aset negara ini telah pun berlaku kerana ia bertujuan mencapai sasaran defisit 4 peratus bagi 2013 yang sebenarnya telah gagal.

worldbankreport 

“Ini bermakna, harta-harta negara telah pun dijual dan digadai supaya hasilnya itu diperolehi dalam tahun 2013 untuk menutup jurang pendapatan dan perbelanjaan negara,” ujarnya.

Menurut Rafizi, beliau akan menggesa satu sidang Parlimen tergempar dipanggil secepat mungkin bagi membincangkan tindakan menjual dan mencagarkan aset negara seperti yang didedahkan di dalam laporan Bank Dunia.

“Perkara ini akan saya bawa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan malam ini (20 Disember) supaya permohonan sidang tergempar Parlimen boleh dibuat secepat mungkin,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.