Nama beliau Hateem (tak pasti sangat spellingnya) dan saya temui beliau di Chadni Chowk di Delhi. Kerjanya seorang penarik beca sahaja. Ada anak 4 orang dan tinggal di sebuah bilik sewa yang digambarkan olehnya SEBESAR 2 buah beca.
Saya suka melihat ke bawah untuk buat diri rasa bersyukur. Dalam masa yang sama, tak lupa perhati di atas supaya kita tak rasa macam hebat sangat macam tak ada orang lain lebih hebat dari kita.
Saya berbual dengan Hateem hanya lebih kurang 5-10 minit sahaja. Sambil saya belikan sebotol air Pepsi untuk beliau.
Satu yang saya belajar
dari beliau ialah bagaimana beliau sangat positif dalam hidupnya. Lelaki
ini sentiasa senyum dan Bahasa Inggerisnya mampu difahami sedikit
sebanyak.
Menariknya, anak sulong Hateem sedang dalam pengajian di universiti dalam bidang kejuruteraan.
Menariknya, anak sulong Hateem sedang dalam pengajian di universiti dalam bidang kejuruteraan.
Katanya, bilik
sewanya tidak bertingkap dan anak-anaknya belajar di ruang bumbung yang
menjadi tempat menyidai pakaian.
Lagi terpukul, beliau mahu anaknya di
universiti itu keluar dan tidak bekerja dengan kerajaan ataupun dengan
swasta tetapi menjadi ikon dan guru kepada kanak-kanak gelandangan di
sekitar Chadni Chowk. Lalu saya tanyakan, bagaimana dengan kontrak biaya
pengajian?
Jika di Malaysia, pasti ada kontrak pembiayaan yang
mewajibkan graduan bekerja dengan penaja mereka.
Jawapan beliau membuat saya terpukul...beliau biayai pengajian anaknya sendiri.
Jawapan beliau membuat saya terpukul...beliau biayai pengajian anaknya sendiri.
Beliau menabung dari anaknya kecil supaya anak-anaknya mampu untuk jadi
graduan yang tidak terikat.
Buktinya, anaknya yang baru 2 tahun di
Universiti kini menjadi idola dan memberi inspirasi kepada rakan
setinggan yang lain termasuk adik-adiknya.
Selain itu, anaknya juga
masih mengekalkan pointer tertinggi untuk setiap semester.
Alasannya,
malu jika tidak mampu membawa visi pengorbanan bapanya untuk setiap
rupees yang dibelanjakan.
Tiada rumah besar, tiada tv besar, tiada TV satelit, tiada pakaian mahal dan tiada makanan mewah.
Tiada rumah besar, tiada tv besar, tiada TV satelit, tiada pakaian mahal dan tiada makanan mewah.
Kebanyakannya dilabur kepada pendidikan. Padanya, pendidikan adalah
jalan keluar kemiskinan.
Beliau sendiri tidak berpeluang mendapat
pendidikan dan beliau tidak mahu anaknya juga jadi begitu.
BINGGO!!
PENDIDIKAN JALAN KELUAR KEMISKINAN bukannya subsidi ataupun BR1M (mohon terasa). Perkara sama yang saya dan sahabat di RUmah Pengasih Warga Prihatin buat, pendidikan diutamakan. Memang mewah anak-anak dengan ilmu walaupun makan dan tempat tinggal hanya sekadarnya sahaja.

12 orang
anak-anak kami di Universiti juga dah ikrar nak balik semula ke Prihatin
untuk tabur jasa pada adik-adiknya pula dan membangunkan komuniti kecil
itu.
Beliau seorang penarik beca dengan bayaran sekitar 10-20 rupees untuk setiap perjalanan.
Beliau seorang penarik beca dengan bayaran sekitar 10-20 rupees untuk setiap perjalanan.
Dalam masa yang sama, beliau juga
ringan tulang untuk bekerja sebagai pemunggah barang sementara menunggu
pelanggan. Dapatlah sekitar 20-30 rupees setiap task.
Di samping itu,
beliau ikat kontrak pergi dan balik hantar budak sekolah oleh keluarga
berpendapatan sederhana di sekitarnya.
Bukan setakat ikat kontrak,
beliau juga ikat perut dan makan tidak lain hanya dari bekal yang dibawa
dari rumah.
Dalam beca beliau ada minuman sejuk untuk dijual (itu yang saya beli Pepsi dan beri beliau minum sekali). Bijak juga orang ini mencari ruang rezeki dan tidak membazirkan masa.
Satu prinsip yang saya pelajari dari beliau ialah "Hidup untuk cari penyelesaian bukan mencari alasan".

Baik...saya dapat pelajaran yang
saya kutip dari tepi jalan. Ya, pelajaran tidak semestinya datang dari
mereka berstatus doktor atau professor.
Ia boleh datang dari sekecil
kanak-kanak gelandangan di tepi jalan. Adakah kita sudi nak buka mulut
berbual dengan mereka?
Di sudut hati saya memikirkan, alangkah bertuahnya kita di Malaysia.
Di sudut hati saya memikirkan, alangkah bertuahnya kita di Malaysia.
Walaupun tidaklah maju sangat (walaupun PM
selalu cakap negara di landasan yang betul untuk jadi negara maju), dan
sebahagian pemimpin-pemimpinnya juga ada yang ala-ala "Inspektor Shahab"
punya korup.
Sedarlah rakanku, dunia di sebelah sana ada orang yang
lebih teruk tetapi sentiasa memikirkan penyelesaian dan bukan alasan.
Kalau kita tengok negara yang maju, mungkin kita rasa teraniaya tapi
bila tengok negara yang lagi teruk...mesti akan buat kita rasa
bersyukur.
Kita ni, PTPTN pun kalau boleh taknak bayar semula, bila kerja nanti pula lari-lari bayar cukai. Bila tak puas hati sahaja dengan pemerintah, dialah orang pertama yang memperjuangkan nasib pembayar cukai (dia sendiri pun tak bayar).

Jika hari ini kita masih
mampu bayar Astro Byond punya bil sampai RM150, bayar UNIFI sampai 150,
sewa rumah kondo sampai beriban, bayar loan kereta sampai RM1000 dan
boleh lagi hujung minggu sekali sekala pergi Sunway Lagoon, rasanya anda
hilang layak nak mengeluh dan menuding jari pada orang lain. Fikirkan
penyelesaian bukan siapa nak disalahkan.
Kalau cerita ini tidak membuatkan anda (orang yang mengeluh kesah dengan hidup) rasa malu, saya rasa anda tak ada kemaluan (kalau ada pun, mungkin tak boleh pakai).
Sekian.
SAIFUL NANG
Coret Tertangguh dari India

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.