Followers

Wednesday, December 11, 2013

Lim: Maaf untuk 'nenek', tapi kamu tetap rasis

Azura Manja
 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memohon maaf kepada Jahara Hamid kerana menggelar ketua pembangkang negeri itu sebagai "nenek".
Bagaimanapun, kata Lim, beliau akan tetap menggelar pemimpin Umno itu sebagai rasis.

Ini kerana, kata setiausaha agung DAP itu, Jahara (kiri) bertindak menyemarakkan api perkauman dan agama dalam kenyataannya berhubung nama Pulau Jerjak dan tindakan terhadap pengusaha di Pantai Bersih, Butterworth.

"Seandainya ketua pembangkang DUN Pulau Pinang terasa hati secara peribadi kerana saya memanggilnya seorang nenek yang rasis kerana ia terkait dengan gendernya, maka saya akan memanggilnya seorang rasis sahaja," katanya.

Dalam kenyataannya daripada Komtar, Pulau Pinang hari ini, Lim berkata, Jahara berbohong apabila mendakwa beliau meluluskan penukaran nama Pulau Jerejak kepada Pulau Mazhu (seorang dewa Cina) kerana meluluskan tokong Mazhu. 

"Pembohongan ini memainkan sentimen agama sedangkan Pulau Mazhu ini tidak wujud pun," katanya.

Sementara itu, dalam itu Pulau Bersih pula, Lim berkata, Jahara sengaja tidak menyebut bahawa tiada tindakan diambil terhadap lebih 4 pengusaha gerai Melayu tanpa lesen dalam kawasan itu.

"Jelas sekali tidak wujud pilih kasih seperti yang didakwa," katanya.
  http://www.malaysiakini.com/news/249012
 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memohon maaf kepada Jahara Hamid kerana menggelar ketua pembangkang negeri itu sebagai "nenek".
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.