Tahniah
juga kepada Umno kerana cuba mendapatkan khidmat golongan agama, harap
benar-benar bertujuan kebaikan bukan sekadar politik kepartian,"
katanya.
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya
Dr Mohd Asri Zainul Abidin berharap masyarakat tidak mudah membuat
sebarang kesimpulan di atas dua tokoh agama iaitu Ustaz Mohammad Kazim
Elias dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) Dr Asyraf Wajdi
Dasuki sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.
Beliau yang
dipetik menerusi laman sosial Facebooknya semalam, berkata, kedua-duanya
adalah tokoh agama dan harus diberikan peluang di dalam parti politik
tersebut.
"Tahniah di atas pelantikan ini, saya berharap mereka akan dapat memberi sumbangan ke arah positif dan membaiki keadaan negara.
"Tahniah juga kepada Umno kerana
cuba mendapatkan khidmat golongan agama, harap benar-benar bertujuan
kebaikan bukan sekadar politik kepartian," katanya.
Beliau turut berkata, jika ada keikhlasan, kedua-dua tokoh ini boleh membantu parti itu ke arah yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.