Yingluck
Shinawatra yang pernah dinobatkan sebagai perdana menteri Thailand
pertama dari kaum wanita dan salah seorang perdana menteri teranggun
dunia, dua hari lalu mengumumkan untuk menyerahkan semula kuasa kepada
rakyat Thailand mengikut amalan demokrasi.
Yingluck Shinawatra membuat pengumuman tersebut bagi memberi laluan kepada pilihanraya baru di negara itu.
"Rakyat Thailand akan membuat keputusan," katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung oleh saluran televisyen.
Beberapa
jam selepas pengumuman oleh Yingluck, Raja Bhumibol Adulyadej dalam
satu Dekri Diraja memperkenankan pembubaran Parlimen serta menetapkan
pilihan raya umum akan diadakan pada 2 Februari depan.
Di
Bangkok, kira-kira 100,000 penunjuk perasaan berarak hari ini, memulakan
semula demonstrasi selepas bersurai sementara bagi menghormati sambutan
hari keputeraan Raja Bhumibol yang ke-86 pada minggu lalu.
Ketua
penganjur demonstrasi tersebut, Suthep Thaugsuban berkata, beliau
mengetuai perarakan ke Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Kerajaan
seperti yang dirancangkan.
"Kami masih belum mencapai tujuan kami. Pembubaran Parlimen bukan sasaran kami," katanya.
Suthep
sedar parti pimpinan Yingluck akan menang dalam pilihan raya umum yang
bakal diadakan selepas menang besar pada Pilihan Raya Umum 2011.
Tidak dapat dipastikan sama ada pengumuman Yingluck itu akan menyelesaikan konflik politik Thailand.
- REUTERS/AGENSI
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.