Kereta mewah BUGATTI VEYRON cuma terdapat 3 sahaja di Malaysia. Bugatti Veyron Milik Sultan Johor, milik Mokhzani Mahathir dan seorang wanita di Kelantan.
Harga Bugatti Veyron Mencecah Jutaan Ringgit
Harga Buggati Veyron ini hampir mencecah RM10 juta ringgit setiap
satu. Kalau di Malaysia saya percaya sahaja boleh mencecah RM10juta
kerana tax dan duti lain yang akan dikenakan. Di United Kingdom, Buggati
Veyron based price is approximately €1,225,000
(GB£1,065,000/US$1,700,000) dan Super Sport: €1,912,500
(GB£1,665,000/US$2,700,000).
Unit yang telah terjual dari 2005 hingga 2011 cuma 300 unit sahaja. Road tax dan Insurance sahaja
sudah lebih 5 angka di Malaysia
Gambar Buggati Veyron Yang DiKatakan Milik Mokhzani Mahathir
|
Road Tax mencecah 5 angk |
Mokhzani
kini mempunyai harta yang dianggarkan berjumlah lebih RM 2 billion
Ringgit, berdasarkan pegangan dirinya dan isterinya dalam 200 buah
syarikat tempatan. Dia merupakan orang ketiga di Malaysia yang paling
banyak memiliki syarikat-syarikat. (Orang yang kedua ialah abangnya
Mirzan bin MAHATHIR dan "orang" yang pertama ialah Kementerian Kewangan
Diperbadankan - Minister of Finance Inc.). Hartanya di luar negara tidak
dikira lagi...
Ini bermakna Mokhzani bin MAHATHIR mengumpulkan sebanyak RM 54 juta Ringgit bagi setiap tahun yang terkandung dalam umurnya! Semenjak dia keluar dari universiti, purata keuntungan yang diperolehinya adalah RM 167 juta SETAHUN.
Ini
adalah bersamaan dengan keuntungan MAS pada seluruh tahun 1998/9 dan
lebih 350 kali ganda gaji TAHUNAN ayahandanya sebagai Perdana Menteri!
Kekayaan
ini lebih menjijikkan apabila kita meneliti bahawa isanya tidak
termasuk kekayaan lima lagi anggota keluarga MAHATHIR-Siti Hasmah yang
paling kaya iaitu:
A.
Mirzan bin MAHATHIR - tuanpunya Konsortium Perkapalan, Transmile,
FOMEMA dll B. Muhriz bin MAHATHIR - tuanpunya lebih 55 syarikat
C. Saleha binti Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - tuanpunya lebih 20 syarikat yang
terlibat dalam program francais IPT
D. Hashim bin Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - pengelola SUKOM98 yang gagal membawa keuntungan, dan
E.
Ahmad Razali bin Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - pengurus Tabung Haji yang
emesong wang penyimpan untuk menyelamatkan perniagaan anak-anak
saudaranya
Siapakah Mokhzani bin MAHATHIR hingga beliau "berjaya" merompak begitu banyak wang rakyat?
Mokhzani adalah anak ketiga MAHATHIR. Dia mendapat pendidikan di universiti luar negara dan pernah bertugas dengan sebuah syarikat petroleum tempatan. Sewaktu di sana, MAHATHIR mendapati anaknya ini tidak berapa pandai, tetapi keras hati seperti ayahnya. Oleh itu MAHATHIR mengarahkan Qarun Malaysia
Daim
Zainuddin supaya "menghadiahkan" beberapa kontrak kepada anaknya. Pada
masa itu, Daim merupakan Menteri Kewangan. Mokhzani diberi peluang
mendapat "saham percuma" dalam beberapa projek yang dianjurkan oleh
peniaga Cina yang baru diperniagakan di BSKL. (Ini dipanggil "pink
form")
Semua
"kekayaan" Mokhzani adalah hasil kronisme dan penipuan MAHATHIR dan
Daim Zainuddin. Daim Zainuddin melakukan pemesongan wamng rakyat ini
bukan sahaja untuk anak-anak MAHATHIR tetapi juga kepada anak perempuan
sulungnya (yang banyak mendapat habuan kontrak pembinaan kompleks
kerajaan) dan adik serta anak Sanusi Junid dan Megat Junid Megat Ayob.
Sebenarnya
Mokhzani langsung tidak ada kebolehan berniaga. Dia mengupah orang lain
untuk menguruskan "perniagaannya" dan tidak pernah membuahkan ideanya
sendiri. Apabila kemelesetan ekonomi muncul, Mokhzani kerugian besar dan
terpaksa meminta MAHATHIR merompak wang rakyat di KWSP, Tabung Haji dan
PNB.
Kebolehan
politiknya juga tidak ada. Kemenangannya sebagai Ketua Pemuda UMNO
Bahagian Merbuk adalah hasil usaha Cikgu Arzmi Abdul Hamid, Ketua
Bahagian UMNO Merbuk yang juga Setiausaha Politik Daim. Cikgu Arzmi
diarahkan membayar sebanyak RM 1.5 juta kepada calon-calon yang akan
menentang Mokhzani. Aklhirnya anak perompak bermisai tebal itu menanmg
tanpa bertanding!
Mokhzani
dilantik oleh Zahid Hamidi sebagai Bendahari Pemuda UMNO kerana dipaksa
oleh MAHATHIR. MAHATHIR meminta Najib Tun Razak (bekas "boss" Zahid
yang pernah mengambil Zahid sebagai Setiausaha Politiknya) untuk
melantik Mokhzani. Zahid patuh, tetapi senjata makan tuan. Kini Zahid
merupakan ahli politik yang tidak berparti, tidak berpenyokong dan tidak
berpengaruh langsung!
Mokhzani
merupakan seorang anak MAHATHIR yang lupa daratan. Sebenarnya
kekayaannya malah makanan yang disuapkan ke mulut anak dan isterinya
setiap hari hasil daripada usaha ayahnya merompak wang rakyat!
Mokhzani
harus dikalahkan dalam pilihanraya umum nanti. Dia akan bertanding
sebagai calon Parlimen Merbuk, menggantikan Qarun Malaysia Daim
Zainuddin. Pastikan Mokhzani tersungkur! Pastikan si-angkuh ini makan tanah! ~ (sedarlah@egroups.com)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.