Followers

Sunday, December 8, 2013

KEBERKATAN UMUR ---------- MEMANJANGKAN USIA DENGAN KUALITI, BUKAN KUANTITI

Ustaz Nasir's photo.
Photo: KEBERKATAN UMUR ----------
MEMANJANGKAN USIA DENGAN KUALITI, BUKAN KUANTITI

PERJALANAN MASA - Sudah sebulan Ahmad Ammar pergi meninggalkan kita. 

Pelik juga rasanya. 

Dalam keadaan biasa, sering rasa masa berjalan begitu pantas. 

Tetapi ada masanya terasa masa berjalan begitu perlahan. 

Pemergian Ammar adakalanya rasa seperti sudah sangat lama ia terjadi. 

Sepertinya kita mengenang seseorang yang telah berkurun pergi. 

Walhal baru sebulan ia berlaku. 

Tanah kubur masih merah, seperti ungkapan orang tua-tua kita. 

Rasa lama itu terjadi kerana jarak kejadian dan detik kita mengenang, tepu dengan pelbagai perkara yang signifikan. 

Begitu banyak kejadian, banyak catatan, banyak interaksi, yang dalam keadaan biasa semua itu memerlukan masa yang panjang untuk ia berlaku. 

Tetapi untuk pemergian Ammar, segalanya terjadi dalam tempoh hanya sebulan. 

Itulah nilai keberkatan masa. 

Apabila kita berdoa semoga Allah panjangkan umur kita, ulama’ berselisih pendapat mengenainya. 

Bisakah umur dipanjang pendek ketika ajal sudah ditentukan oleh-Nya? 

Kita berpolemik kerana kita tersangka bahawa Allah memanjang dan memendekkan umur secara kuantitatif. 

Secara menambah bilangan tahun, bulan, minggu, hari, jam dan saat. 

Hakikatnya panjang umur itu terjadi secara kualitatif. 

20 tahun penuh berisi dengan kegiatan yang bermanfaat, menjadi begitu panjang tempohnya berbanding 20 tahun yang kosong dan sia-sia. 

Dan kita sering mengeluh masa bergerak terlalu pantas, bukan kerana masa itu pantas, tetapi masa kita kosong dari manfaat dan perkara-perkara yang bermakna. 

20 tahun usia Ammar dan sebulan tempoh pemergiannya, semuanya jadi panjang belaka. 

Panjang kerana kualitinya. 

Panjang yang perlu kita teladani bersama. 

Ia mengingatkan kita kepada ulama terkemuka di dalam sejarah Islam seperti Abu Zakaria Mohiuddin Yahya Ibn Sharaf al-Nawawi atau lebih dikenali sebagai Imam Nawawi. 

Beliau hidup di antara tahun 1233 dan 1277. 

Meninggal dunia pada usia 40′an. 

Demikian juga dengan tokoh Muhammad bin Pir Ali al-Birkawi atau lebih dikenali sebagai Imam Birgivi. 

Beliau dilahirkan pada tahun 1523 dan meninggal dunia pada tahun 1573. 

Beliau kembali ke rahmatullah pada usia 50 tahun. 

Namun tokoh-tokoh ini, kematian tidak mematikan mereka. 

Mereka hidup kerana legasi yang mereka tinggalkan terus menghidupkan generasi demi generasi dengan cahaya ilmu. 

Akhirnya, biar pun mereka meninggal dunia pada usia yang muda, mereka hanya meninggalkan dunia ini, berpindah ke alam yang seterusnya. 

Jika dahulu mereka berkhidmat untuk ilmu. 

Kini ilmu berkhidmat untuk mereka. 

Sesuatu yang kita cemburui. 

Sesuatu yang kita ada pilihan untuk sekadar cemburu, atau bertindak melakukan sesuatu.

Ammar sendiri adalah orang yang bukan banyak berbicara. 

Beliau orang beramal, Orang bekerja. 

Pemergian Ammar bukan untuk disambut hanya dengan kata-kata, tetapi mesti mencetuskan amal. 

Terima kasih kepada beberapa orang anak muda yang menyambut fenomena #letsfollowammar dengan perancangan masa depan yang sebenar-benarnya memberi makna kepada pemergian Ammar. 

Mengidolakan Ammar, mungkin bukan apa yang Ammar sendiri mahu. 

Beliau tidak mencari itu. 

Mencontohi Ammar, itulah yang sebaiknya. 

Dan mencontohi Ammar, adalah dengan tindakan. 

Dengan perbuatan. 

Buatlah sesuatu, untuk agamamu, untuk ummatmu. 

Adinda Ammar....

kami mencemburuimu....

kami sentiasa merinduimu…

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.