Followers

Wednesday, December 11, 2013

Keadilan Harus Untuk Semua, Termasuk Kaum Minoriti......

Photo: Keadilan perlu ditegakkan secara menyeluruh iaitu tanpa mengira keturunan, bangsa dan faham agama. Ini bermakna, bila kita memperjuangkan sesuatu keadilan, bukan setakat atau hanya mengukurnya atas kehendak majoriti sahaja dan melupakan pihak minoriti. 

Menyorot kembali kepada isu pembinaan Masjid yang ditimbulkan oleh YB Darell Leiking di Penampang sejak beberapa bulan yang lalu, adalah jelas sekali beliau tidak memahami akan perbezaan antara Surau dan Masjid, iaitu dua tempat ibadat yang digunakan oleh umat Islam untuk melakukan amalan ibadat mereka. Perkara ini menjadi lebih menyinggung kepada umat Islam apabila beliau:

1. Menyamakan isu keperluan membina masjid di Penampang sama sahaja dengan isu membina patung Mazu di Kudat. Menurut beliau, masjid tidak diperlukan di Penampang sama seperti robohnya patung Mazu di Kudat kerana tidak diperlukan di sana. 

2. Menurut beliau, di Penampang sudah ada sebuah masjid dan tidak perlu lagi masjid yang kedua.

Hal pertama di atas telah menyinggung perasaan ramai orang Islam dan tidak terkecuali mantan KC PKR Tuaran Tuan Hj Ansari Abdullah yang turut mempersoalkan tindakan YB Darel menyamakan isu masjid dengan patung Mazu di Kudat melalui dinding muka buku beliau (FB wall). Kesannya, telah menimbulkan perdebatan terbuka yang semakin panas antara pengamal agama yang tersentuh.

Manakala untuk hal yang kedua, nampaknya, YB Darel hanya memperlihatkan beliau seorang yang tidak peka terhadap keperluan pihak minoriti di Penampang yang sangat memerlukan masjid. Jika menurut beliau di Penampang sekarang tidak memerlukan masjid kerana sudah ada masjid di sana, maka sebenarnya masjid yang beliau rujuk itu hanyalah merupakan sebuah surau yang terletak di Balai Polis Penampang dan itu bukan masjid. 

Kita berharap polemik ini segera dihentikan. Kita berharap YB Darel menarik kata-kata beliau yang menyamakan pembinaan masjid di Penampang sama seperti membangunkan patung Mazu di Kudat!

Kita juga berharap YB Darel ikut sama menyuarakan keadilan bagi pihak minoriti iaitu keinginan rakyatnya yang berugama Islam untuk mendapatkan sebuah masjid di Penampang, bukan malah disebaliknya. Jika lokasi masjid yang dibina misalnya dibantah, beliau perlu kemukakan cadangan lokasi lain di Penampang untuk pembinaan masjid tersebut. 

Bagaimana pula pandangan Ketua MPN Negeri DSP Lajim mengenai hal tersebut? Sebagai pimpinan, beliau perlu menunjukkan kebijaksanaan mengurus wakil rakyatnya kerana, tidak dapat tidak konsep keadilan untuk semua yang menjadi asas perjuangan PKR disini sedang dipertaruhkan!
 
Keadilan perlu ditegakkan secara menyeluruh iaitu tanpa mengira keturunan, bangsa dan faham agama. Ini bermakna, bila kita memperjuangkan sesuatu keadilan, bukan setakat atau hanya mengukurnya atas kehendak majoriti sahaja dan melupakan pihak minoriti.

Menyorot kembali kepada isu pembinaan Masjid yang ditimbulkan oleh YB Darell Leiking di Penampang sejak beberapa bulan yang lalu, adalah jelas sekali beliau tidak memahami akan perbezaan antara Surau dan Masjid, iaitu dua tempat ibadat yang digunakan oleh umat Islam untuk melakukan amalan ibadat mereka. Perkara ini menjadi lebih menyinggung kepada umat Islam apabila beliau:

1. Menyamakan isu keperluan membina masjid di Penampang sama sahaja dengan isu membina patung Mazu di Kudat. Menurut beliau, masjid tidak diperlukan di Penampang sama seperti robohnya patung Mazu di Kudat kerana tidak diperlukan di sana.

2. Menurut beliau, di Penampang sudah ada sebuah masjid dan tidak perlu lagi masjid yang kedua.


Hal pertama di atas telah menyinggung perasaan ramai orang Islam dan tidak terkecuali mantan KC PKR Tuaran Tuan Hj Ansari Abdullah yang turut mempersoalkan tindakan YB Darel menyamakan isu masjid dengan patung Mazu di Kudat melalui dinding muka buku beliau (FB wall). Kesannya, telah menimbulkan perdebatan terbuka yang semakin panas antara pengamal agama yang tersentuh.

Manakala untuk hal yang kedua, nampaknya, YB Darel hanya memperlihatkan beliau seorang yang tidak peka terhadap keperluan pihak minoriti di Penampang yang sangat memerlukan masjid. Jika menurut beliau di Penampang sekarang tidak memerlukan masjid kerana sudah ada masjid di sana, maka sebenarnya masjid yang beliau rujuk itu hanyalah merupakan sebuah surau yang terletak di Balai Polis Penampang dan itu bukan masjid.

Kita berharap polemik ini segera dihentikan. Kita berharap YB Darel menarik kata-kata beliau yang menyamakan pembinaan masjid di Penampang sama seperti membangunkan patung Mazu di Kudat!

Kita juga berharap YB Darel ikut sama menyuarakan keadilan bagi pihak minoriti iaitu keinginan rakyatnya yang berugama Islam untuk mendapatkan sebuah masjid di Penampang, bukan malah disebaliknya. Jika lokasi masjid yang dibina misalnya dibantah, beliau perlu kemukakan cadangan lokasi lain di Penampang untuk pembinaan masjid tersebut.

Bagaimana pula pandangan Ketua MPN Negeri DSP Lajim mengenai hal tersebut? Sebagai pimpinan, beliau perlu menunjukkan kebijaksanaan mengurus wakil rakyatnya kerana, tidak dapat tidak konsep keadilan untuk semua yang menjadi asas perjuangan PKR disini sedang dipertaruhkan!
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.