Raunas Dhom
SELEPAS BANJIR
Setelah teruk ditenggelami banjir, penduduk yang menjadi mangsa banjir kini berhadapan dengan masaalah sampah sehingga menjejaskan kesihatan mereka.
Pihak Majlis Perbandaran Kemaman debagai pihak yang bertanggungjawab dikatakan telah memberi tender pembersihan ini kepada dua buah syarikat swasta.
Syarikat kroni itu pula hanya mampu menyediakan 10 buah lori dan 3 buah jentolak saja.
Cuba bayangkan dengan kelengkapan seperti itu berapa lama masa yang diambil untuk membersihkan lebihkurang 10 ribu buah rumah.
Ni tak dikira lagi dengan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh mangsa-mangsa tersebut.
Mengikut janji Ahli Parlimen Kemaman Ahmad Shabery Cheek kerja-kerja pembersihan tersebut akan siap sepenuhnya dalam masa 2 minggu. Sempat ke dan kini Hospital Daerah Kemaman dah mula penuh.
Baru 3 hari UMNO mengagihkan bantuan banjir dah heboh akhbar macai menjulang mereka. Mana perginya puak-puak ni ketika banjir sedang memuncak ?
Kini Unit Amal dah mulakan kerja membasuh rumah-rumah mangsa , Sukarelawan UMNO baru hantar bantuan makanan. Sebab tu mereka marah sangat kepada Unit Amal. Mereka tu ketinggalan.
Bantuan untuk mangsa banjir pun ada politik, ada niaga dan ada kroni....itulah UMNO namanya.
Kesihatan mangsa banjir pun mereka abaikan. Pic ni aku ambil pagi tadi.....ianya sebatang jalan di kawasan perumahan yang masih berada di Bandar Chukai.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.