Followers

Sunday, December 29, 2013

Harga Minuman Dijangka Lebih Mahal, Akibat Kenaikan Kos Bekalan Ais


Harga Ais Pula Naik 1 Januari [gambar fail]
[mstar]- Kenaikan harga dalam banyak perkara mengakibatkan masalah besar kepada premis makanan yang mungkin akan menaikkan harga mereka.

Terbaru apabila terdapat pengumuman kenaikan harga daripada pembuat ais.

Jika kedai-kedai makan mahu menaikkan harga minuman, maka mereka kini mungkin menemui alasan yang terbaik.

Sejak Rabu lalu, harga satu blok 50 kilogram (kg) ais akan dinaikkan sebanyak RM2.50, manakala kos bagi 10kg tiub ais akan menigkat kos 50 sen lagi.

Bergantung kepada lokasi, satu blok 50kg kini dijual pada kira-kira RM10, manakala beg ais tiub boleh didapati pada harga sekitar RM3.

Perkara ini berikutan satu pengumuman oleh Tube Ice Manufacturers Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya pada Selasa.

Seramai 26 anggota persatuan itu termasuk Atlas Edible Ice Sdn Bhd, merupakan pembekal utama di kebanyakan negeri.

Penjual makanan telah pun mengalami penarikan balik subsidi gula dan kenaikan kos pengangkutan yang dibawa oleh subsidi bahan api yang lebih rendah.

Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Malaysia, Datuk R. Ramalingam Pillai berkata, pembekal ais mahu meningkatkan harga ais ke seluruh negara kerana kebanyakan mereka merupakan adalah untuk kesemua tempat dan ini bermakna keuntungan restoran akan meningkat.

Presiden Persatuan Penjaja Pulau Pinang, Ooi Thean Huat berkata, ahli-ahlinya tidak lagi dapat menampung kesemua kenaikan harga.

"Tetapi jika kita menaikkan harga, ia akan menjadi peningkatan yang kecil," kata Ooi.

Pengerusi Perniagaan Kecil-Kecilan Johor Bahru, Chin Yoke Weng berkata, anggota persatuan akan mengekalkan harga minuman walaupun kenaikan harga ais tetapi Timbalan Presiden Pengguna Bumiputera Johor, Norizan Tarmeze berkata, beliau menjangkakan banyak restoran akan menaikkan harga minuman.

Di Pulau Pinang, Pengerusi Persatuan Koo Soo Kwong Choon Tong Restaurant dan Tea-House , Vinah Yee Yook Chee berkata, pembekal telah memaklumkan kepada persatuan itu peningkatan yang akan berlaku.

"Mereka memberitahu kami bahawa mereka tidak mempunyai pilihan tetapi perlu menaikkan harga disebabkan kenaikan harga elektrik dan bahan api.

Kami tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana pembekal perlu berniaga juga bagi mendapatkan keuntungan," katanya.

Rakyat Akan Semakin 'Panas', Harga Ais Pula Naik 1 Januari ini !

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.