Followers

Saturday, December 14, 2013

Gambar pelajar Maahad Tahfiz Gantung diri tersebar..Benarkah ini ?


Gambar pelajar Maahad Tahfiz bunuh diri tersebar

pelajar-Maahad-bunuh-diri
Ini adalah satu perkembangan sosial yang perlu diberikan perhatian segera.
Rasanya, kes bunuh diri di kalangan remaja Islam semakin kerap berlaku dan sering kedengaran kini.
Punca mengapa perkara ini semakin kerap harus disiasat segera. malaysia pos.
Kalau hendak kata soal jahil agama, dalam kejadian terbaru yang sedang hangat di media sosial… ia dikatakan melibatkan seorang pelajar tahfiz di Maahad Tahfiz Kok Lanas Kelantan.
Ketika ditemui, remaja berkenaan dikatakan telah meninggal dunia selama beberapa hari.
1463067_247269562096335_319935141_n
Rasanya seorang pelajar tahfiz pasti mempunyai ilmu yang cukup untuk faham hukum membunuh diri.
Jadi mengapa melakukan sesuatu yang dijanjikan keabadian dalam neraka.
Sebenarnya, banyak aspek yang perlu dilihat.
Dalam kes pelajar tahfiz ini, penulis berharap siasatan akan mengambil kira aspek apakah remaja itu didera oleh sesiapa termasuk tenaga pengajar. Bukan menuduh tetapi ia perlu dilihat.
Polis klasifikasikan kes mati mengejut…. namun mengapa mati mengejut? Apa yang mendorong pejara itu bertindak demikian? Apakah wujud tekanan yang luar biasa ke atas dirinya.
1465238_247269628762995_1105842956_n
Senanglah… mati mengejut… lepas tu buat bodoh… polis kena melihat jauh sikit. Bukannya setakat mudahkan keje sendiri.
Apa yang penulis faham, ada sesetengah pelajar dipaksa ibu bapa mengikuti pengajian tahfiz sedangkan jiwa mereka tidak bersedia ke arah itu.
Ada pula pusat tahfiz yang sekadar nama sahaja tahfiz, tetapi memperhambakan pelajar mereka untuk menjual buku dan minyak urut.
Kalau tak dapat jual, kena pukul dan kena dera.
Persekitaran sebahagian sekolah tahfiz memberikan tekanan yang amat kepada penuntutnya.
Penulis tidak berkata ini berlaku di pusat tahfiz di mana remaja itu bunuh diri, tetapi kejadian ini harus membuka mata pihak berkuasa untuk melihat pusat-pusat pengajian seperti itu dari dekat kerana ada beberapa yang bersikap zalim dan memperkudakan pelajar sendiri.
Setakat diklasifikasikan mati mengejut tanpa melihat kepada aspek yang mendorong remaja itu bertindak demikian… rasanya tak patut.
 
Media Orang Kampung.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.