KUANTAN -
Ramai pihak yang menyaksikan majlis forum bertajuk "University's Role
In Molding A Thriving Society & Country" di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan malam semalam (29 Nov) terkejut
dengan kenyataan Exco Pemuda UMNO, Ustaz Fathul Bari bahawa rakyat perlu
berdiam diri (simpan dalam hati) walau pun mereka tidak bersetuju
dengan kerajaan yang sedia ada sekarang.
Beliau berkata demikian, ketika
menjawa soalan seorang mahasiswa yang bertanya soal tindakan beliau
mengharamkan perhimpunan aman (demontrasi).
Fathul turut menyatakan
bahawa apa yang berlaku di dalam negara kita sekarang adalah petanda
"akhir zaman", maka itu rakyat perlu terima apa saja yang dilakukan oleh
kerajaan dan mereka tidak perlu turun dijalanraya untuk menyatakan
bantahan walau pun tidak setuju dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan.
Apapun, Fathul Bari mengatakan jawapan yang diberikan adalah hujjahnya
berdasarkan apa yang beliau pelajari selama ini. Malah, dia merujuk
kepada hadis-hadis sahih atas apa jua kenyataannya tentang demontrasi
selama ini.
"Saya berani cakap bahawa saya konsisten dengan hujjah saya.
Tidak kira kerajaan atau pembangkang anjur himpunan, saya tetap tidak
bersetuju.
Kalau saya sertai himpunan anjuran UMNO.. bolehlah saya
dikutuk.. tapi setakat hari ini saya memang tidak pernah sertai
mana-mana himpunan (demontrasi)", kata Ustaz Fathul Bari.
Program
anjuran IIUM Kuantan Stundent's Representative (SRC) itu turut
menampikan bekas Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Nur
Azam Amiruddin (wakil mahasiswa) dan Prof Madya Dr.Muhammad Ibrahim
(Pensyarah UIAM). Hampir 500 orang mahasiswa serta orang awam telah
hadir.
Tetamu kehormat yang turut bersama menyaksikan program tersebut
Sementara
itu, Ustaz Nasruddin ketika menjawab hujjah Ustaz Fathul Bari berkata
apakah kita harus berdiam diri ketika melihat kemungkaran. Katanya,
memang benar ada hadis yang mengatakan serendah-rendah iman ialah
menegur di dalam hati namun apakah wajar kita perlu berdiam diri.
"Menegur dalam hati ialah meluahkan apa yang terpendam dan diterjemahkan
menerusi himpunan seperti yang diadakan selama ini. Himpunan aman
sebenarnya, tetapi yang menghuru-harakannya ialah anggota polis.
Cuba
lihat, Himpunan Hijau di Kuantan.. berjalan dengan baik tanpa sebarang
gangguan bila pihak polis berikan kerjasama", katanya. Beliau
menegaskan, himpunan memang menjadi kucar-kacir bila polis melepaskan
water canon dan gas pemedih mata.
"Himpunan aman sebenarnya diadakan
dengan baik untuk menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap apa yang
dilakukan kerajaan. Dengan himpunan aman banyak isu akhirnya
diselesaikan oleh kerajaan.... antaranya isu PPMSI, ISA dan banyak lagi.
Jika rakyat tidak turun berhimpunan apakah kerajaan akan mendengar
suara mereka?. Tidak wajar kita berdiam diri melihat kemungkaran.
Kita
diberikan akal fikiran untuk memilih yang hak dan yang bathil.. maka itu
bila kita mahu menyatakan bantahan terhadap apa jua tindakan kerajaan
yang tidak betul.. apakah dengan berdiam diri?.
Maka itu saya rasa tidak
ada salahnya himpunan aman kerana itu saja cara untuk kita memberi
nasihat selepas kerajaan gagal mendengar suara mereka selama ini",
tambah Ahli Parlimen Temerloh itu lagi dengan tepukan dari kalangan
penonton.
Nasruddin
yang juga merupakan AJK PAS pusat turut memberi semangat kepada para
mahasiswa agar tidak menjadikan penglibatan mereka dengan persatuan
tertentu dianggap tidak betul gara-gara digelar kumpulan pro-M dan
pro-Aspirasi.
"Saya jadi pemimpin hari ini atas pengalaman yang saya
peroleh ketika berada di pusat pengajian tinggi. Saya banyak melibatkan
diri dengan gerakan mahasiswa.
Suara mahasiswa didengar oleh orang
luar... maka itu, jadikan pengalaman sebagai kekuatan untuk terus
berjuang... siapa tahu ada diantara anda akan jadi MB Pahang atau
exco... maka itu gunakan ilmu yang ada untuk tunduk dan patuh kepada
Allah.
Apa guna ada ilmu jika selepas belajar kita menyokong yang
bathil. Guna akal fikiran untuk pilih dan pilihan itu harus tepat agar
kita tidak dikatakan bersekongkol dengan mereka yang mahu menjatuhkan
Islam.
Ada pihak mahu angkat Islam tapi satu pihak lagi mahu jauhkan
umat Islam dari agama itu sendiri.. Inilah realiti yang berlaku di
negara kita hari ini", kata Nasruddin Hassan Tantawi.
Blogger Cucumatkilau turut hadir menyaksikan forum di UIAM semalam
[Apapun,
syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan Universiti Islam
Antarabangsa (UIAM) Kuantan kerana berjaya menemukan dua tokoh politik
muda terutamanya dari parti pembangkang (Ustaz Nasruddin Hassan) bersama
dalam program tersebut.
Sekurang-kurangnya para mahasiswa dapat melihat
dan menilai hujjah daripada kedua-dua belah pihak untuk dijadikan
panduan dalam menilai sesuatu isu yang berkaitan dengan politik negara.
Walau pun ada soalan provokasi dan ahli panel sendiri beberapa kali lari
tajuk, namun ia sedikit sebanyak memberi ruang yang terbuka luas untuk
insititusi pengaian tinggi lain di negara ini menganjurkan acara debat
atau dialog seperti ini.
Sudah tiba masanya kita mahu melihat politik
matang yang dapat memberi input yang cukup berguna kepada rakyat. Secara
keseluruhannya, penonton berpuas hati dengan hujjah daripada kesemua
ahli panel dan ia memberi gambaran positif untuk acara sebegini
diteruskan lagi pada masa akan datang di universiti terbabit.
Sebelum
ini Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Lokman Nor
Adam juga pernah diundang beraksi di pentas yang sama.
Cuma ramai pihak
yang tidak mendapat maklumat secukupnya mengenai program ini. Jika
tidak pasti lebih ramai yang akan hadir untuk memeriahkan program
tersebut semalam]. #sumber
Pahang Daily Online
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.