Khir mohon maaf, kes saman fitnah Teresa selesai
KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah RM30 juta yang difailkan anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo selesai selepas Dr Mohamad Khir mengemukakan permohonan maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi di sini.
Hakim Siti Khadijah S.Hassan Badjenid merekodkan penyelesaian itu selepas Dr Mohamad Khir, yang diwakili peguam M.Athimulan, membacakan permohonan maaf itu.
Dr Mohamad Khir ketika membacakan permohonan maaf
itu berkata:
"Saya, Mohamad Khir, defendan pertama dalam kes saman ini,
tanpa pengakuan liabiti, memohon maaf kepada Teresa kerana menyiarkan
penerbitan dalam blog saya www.drkhir.com pada 9 Julai 2008 seperti yang dinyatakan dalam pernyataan tuntutan.
Saya kesal menyiarkan artikel itu dan bersetuju untuk membayar kos".
Saya kesal menyiarkan artikel itu dan bersetuju untuk membayar kos".
Terdahulu, peguam S.N. Nair, yang mewakili Kok memaklumkan kepada
mahkamah bahawa anak guamnya itu bersetuju untuk tidak meneruskan
samannya terhadap Dr Mohamad Khir.
Mahkamah juga membenarkan saman itu
tidak diteruskan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula saman
baharu.
Pada 23 Disember 2008, Kok memfailkan saman terhadap Dr Mohamad
Khir dan Utusan Melayu (M) Berhad berhubung isu laungan azan di Masjid
Kinrara di sini, yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 8
September 2008.
Dalam pernyataan tuntutannya, Kok mendakwa pada 26 Jun 2008, Dr Mohamad Khir telah memetik sebuah blog dan membuat tuduhan salah terhadapnya manakala Utusan Melayu telah menerbitkan kata-kata Dr Mohamad Khir berhubung perkara itu dalam akhbarnya yang bertajuk "Ada usaha larang azan di masjid Selangor".

Kok
mendakwa tuduhan kedua-dua defendan adalah tidak berasas, berniat jahat
dan membawa maksud bahawa plaintif bersifat perkauman, seorang ahli
politik yang anti-Islam dan tidak bertoleransi.
Bagaimanapun, kes saman terhadap Utusan Melayu selesai apabila Kok menarik balik saman itu pada 27 November lepas. - Bernama
-------------------
Ulasan admin :
Fitnah sebegini boleh mengancam kestabilan negara. Isu agama dan kaum tidak perlu dibuat modal politik untuk menyerang lawan politik. Kerana boleh menanggu gugat keamanan negara.
Sekarang ini banyak lagi fitnah keji menggunakan agama untuk menaikkan kemarahan orang melayu-islam terhadap parti politik pembangkang. Jangan sampai berlaku kekacauan yang boleh menggugat ketenteram awam.
Harap puak celaka umno hentikan lah fitnah berkaitan agama & bangsa.. kalau berfakta, tidak mengapa. Kalau fitnah, ia akan memberi kesan buruk kepada negara...
Jangan nak jadi pencacai sangatlah ok!
-admin power

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.