[KD] IPOH 26 DIS: Dua Adun BN Perak bakal kehilangan kerusi kerana
melanggar artikel 30 perlembagaan negeri Perak berikutan saman
dikemukakan calon Pas, Jamil Dzulkarnain dan Misbahul Munir Masduki.
Saman difailkan Jamil Dzulkarnain terhadap Adun Manong, Mohamed Kamil
Shafie, sementara satu lagi difailkan Misbahul Munir Masduki terhadap
Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.
Kedua Adun BN itu tidak menjadi penduduk negeri Perak semasa hari pengundian, seperti ditetapkan didalam artikel tersebut.
“Mereka menetap di Lembah Klang dan pemilihan mereka sebagai Adun
bertentangan dengan Perlembagaan,” kata Robin Lim salah seorang peguam
mewakili plaintif dalam kes tersebut.
Dalam tuntutan saman tersebut Jamil dan Misbahul Munir menyatakan,
perkara itu dapat disahkan melalui alamat yang tertera di MyKad mereka
yang mengesahkan bahawa mereka berdua bukan penduduk tetap negeri
tersebut.
Melalui saman tersebut, Jamil dan Munir mahu mahkamah mengisytiharkan
kedua-dua Adun tersebut digugurkan daripada jawatannya sebagai wakil
rakyat serta menghalang Adun berkenaan menghadiri mesyuarat Dewan
Undangan Negeri (DUN).
Sementara itu pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari ketika dihubungi
menyatakan, jika permohonan kedua-dua pemohon tersebut dipersetujui oleh
mahkamah, maka kemenangan kedua-dua Adun tersebut akan terbatal dan
pilihan raya semula perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. -26/12/13
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.