Followers

Wednesday, December 18, 2013

DR ASRI BELASAH IMAM MASJIDIL HARAM SHEIKH SU'UD SYURAIM

 
Dr Asri melalui facebooknya menafikan fenomena salji yang menimpa Mesir baru-baru ini sebagai tanda kiamat.

Sebelum itu Imam Masjidil Haram, Syeikh Su’ud Syuraim seperti dilaporkan dakwat tuna.com menyatakan bahawa hal tersebut telah membuktikan Nabi Muhammad S.A.W. benar-benar seorang nabi dan rasul yang menerima wahyu dari Allah S.W.T.

Beliau mengatakan bahwa salji adalah komponen utama dalam pembentukan sungai dan tumbuhan. Berjatuhannya salji di Jazirah Arab membuktikan kebenaran Rasulullah S.A.W.

Dalam sebuah hadits, Rasulullah S.A.W bersabda, “Hari Kiamat baru akan datang setelah negeri Arab kembali menjadi padang yang hijau dan sungai-sungai.”

Manakala menurut Dr. Asri,


“…sebenarnya perkataan 'Tanah
Arab' itu lebih merujuk kepada Jazirah Arab (Hijaz) dan boleh merangkumi Iraq, Yaman, Sham (Jordan Palestin dan Syria). Adapun Mesir ia bumi Afrika.

“Kemudian salji memang saban tahun turun di Jordan, Palestin dan Syria sejak sekian lama, maka itu bukan tanda kiamat.


Kerajaan malaysia kantoi iktiraf syiah

“Hadis itu sebut Tanah Arab kembali menjadi hijau dan sungai bererti dahulu telah pun demikian keadaannya. Apabila Jazirah Arab (Saudi), Iraq, Yemen, Syria, Jordan, Palestin dan sekitar menghijau dan banyak sungai maka itu itu tanda kiamat.. oleh itu hati-hati dalam memberi maksud hadis,” katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.

*** DR Asri tidak menujukan tulisannya kepada sesiapa. Tajuk ditulis sedemikian sebagai gimik blogging. Harap maklum.

Kerajaan malaysia kantoi iktiraf syiah
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.