TERBAIK! SAMAN JANGAN TAK SAMAN! GUA SOKONG PENUH!!!
SHAH ALAM 29 DIS : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengambil
tindakan saman terhadap Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur , Datuk Amar
Singh Ishar Singh sebanyak RM100 juta yang mengaitkan mereka antara
dalang himpunan guling kerajaan 31 Disember ini.
Pengasasnya, Badrul Hisham Shaharin, berkata tuduhan Amar Singh itu bersifat fitnah jahat serta cuba mengalih isu sebenar terhadap kemarahan rakyat akibat kenaikan kos hidup.“Saya dengan ini mendesak fitnah ini ditarik balik oleh Datuk Amar Singh Ishar Singh dan permohonan maaf dituntut.
Dia harus dedah apa sumber dia, dan dedah bukti gred A sekiranya ada.“SAMM akan menghantar notis undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan media terbabit. Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta ke atasnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Semalam, Amar Singh pada satu sidang media mendedahkan kononnya empat NGO sebagai dalang utama himpunan ‘menggulingkan kerajaan’ malam sambutan tahun baru Selasa ini.
Beliau menamakan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) serta beberapa individu yang dikatakan turut merancang menimbulkan kekecohan dengan menggunakan bom dan senjata.
“Datuk Amar Singh Ishar Singh kononnya ada maklumat dan sumber mengenai tuduhan itu. Namun pendedahan menjadi ‘lawak’ apabila dia umum himpunan guling kerajaan oleh NGO-NGO kecil ini hanya ratusan dijangka hadir.“Saya kasihan dengan Datuk Amar Singh Ishar Singh, seorang pegawai polis kanan sanggup menjadi alat aparat dakyah regim,” katanya lagi.
Menurut Badrul, himpunan Turun pada Selasa ini adalah meluahkan rasa terhimpit rakyat dengan kenaikan kos hidup, ini berkait rapat dengan kegagalan pemerintah yang mungkir janji PRU tujuh bulan yang lalu, dan bukan mahu mengguling kerajaan seperti dituduh.Ianya adalah anjuran rakyat yang pada awalnya mencadangkan di Facebook dan SAMM serta beberapa lagi NGO hanya menyambut persetujuan itu.
“Namun pemerintah yang menganggap kebangkitan kesedaran rakyat sebagai tekanan telah memulakan propaganda dengan memunculkan persepsi jahat terhadap himpunan protes kenaikan kos hidup sebagai ‘himpunan guling kerajaan’.“Maka media arus perdana digunakan sepenuhnya bagi mengalih isu dari kenaikan kos sara hidup kepada guling kerajaan,” katanya. [BLOGLIST]
Jingga 13 juga mahu saman Amar Singh
Satu lagi NGO, Jingga 13, turut merancang untuk mengemukakan saman ke atas Datuk Amar Singh Ishar Singh sekiranya timbalan ketua polis Kuala Lumpur itu enggan menarik balik tuduhan yang mengaitkan pertubuhan tersebut dengan rancangan menimbulkan kekacauan pada malam 31 Disember.
Timbalan Koordinator Jingga 13, Amizudin Ahmat berkata tuduhan tersebut berniat jahat, berunsur fitnah yang melampau serta tidak masuk akal sama sekali dan bertujuan mengalih isu besar mengenai bantahan kenaikan harga barang.
"Jingga 13 tidak pernah sama sekali mengeluarkan sebarang kenyataan atau arahan kepada mana-mana pihak sama ada melalui apa jua instruments merancang untuk mengadakan kekacauan, apa lagi bersabit penggunaan senjata atau bom bagi tujuan mengguling kerajaan," katanya.Amizuddin ditemui selepas beliau selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini.
Laporan polis tersebut mendesak pihak polis mengemukakan bukti bahawa Jingga 13 terlibat dengan segala pertuduhan yang dibuat.Amizudin berkata tindakan saman turut akan dikenakan kepada akhbar Utusan Malaysia dan stesen TV3, yang menyiarkan tuduhan tersebut, sekiranya Amar Singh tidak menarik kembali dakwaan terhadap Jingga 13.
"Jingga 13 tegas menyatakan bahawa segala tuduhan jahat yang dikaitkan dengan kami adalah berupa fitnah serta bertujuan memburukkan imej kami serta bertujuan menakut-nakutkan rakyat dengan isu kekacauan, huru hara, senjata dan bom tangan," kata beliau.
Semalam, Amar Singh mengumumkan empat NGO telah dikenalpasti dalang untuk mengadakan kekacauan dan himpunan gulingkan kerajaan pada malam 31 Disember depan.Kumpulan tersebut adalah Jingga 13, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).SAMM telahpun menyatakan bahawa mereka akan menghantar notis saman kepada Amar Singh Isnin ini. [MK]
KAMI SOKONG NGO HIMPUNAN AMAN SAMAN AMAR SINGH!
JIKA SETUJU SILA SHARE! HIDUP RAKYAT!
-admin power-

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.