Followers

Tuesday, December 17, 2013

Berita Yang Buatkan Zahid Hamidi Terkedu.. Posted by Addin Deen

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan memfailkan saman fitnah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas tuduhannya semasa Perhimpunan Agung Umno 2013 yang menuduhnya sebagai penganut fahaman Syiah.

Mohamad berkata, tindakan saman ke atas Ahmad Zahid diambil kerana kenyataan Menteri Dalam Negeri itu mencetuskan fitnah yang didasari niat jahat, menjatuhkan maruah dan integriti.

"Saya menyerahkan kepada panel peguam PAS untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas Zahid di atas kenyataan beliau di perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

"Beliau menuduh saya pemimpin Syiah dan mengaitkan Syiah adalah sesat dan mengancam keselamatan negara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini.

Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Ahmad Zahid juga didapati menyalahgunakan kuasa apabila beliau sebagai Menteri Dalam Negeri memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengambil tindakan ke atas dirinya. ~tmi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.