Followers

Monday, December 30, 2013

Berita Ini Membuatkan Polis Terkucil.. Posted by Addin Deen

 
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan keterangan palsu bagi tujuan mewujudkan situasi tidak aman kepada masyarakat awam.

“Kenyataan dikeluarkan Amar berniat jahat, cuba menghalang orang ramai menggunakan hak mereka berhimpun secara aman seperti yang dijamin perlembagaan Persekutuan.

“Tindakkan melakukan satu sidang akhbar dan menamakan empat pertubuhan akan melakukan keganasan serta menyatakan secara teliti bahawa kumpulan itu akan menggunakan bom tangan dan senjata akhirnya disiarkan secara meluas dalam akhbar harian utama.

“Jelas sekali itu satu kes fitnah yang boleh membawa kepada saman fitnah yang jelas,” kata Ketua Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya.

Beliau berkata demikian selepas satu laporan polis dibuat NGO Jingga 13 di IPD Dang Wangi semalam bagi mendesak polis mengemukakan bukti bahawa pertubuhan tersebut terlibat dengan segala pertuduhan yang dibuat Amar Singh.

28 Disember lalu, Amar Singh pada satu sidang media mengumumkan empat pertubuhan dikenal pasti kononnya menjadi dalang untuk mengadakan kekacauan dalam satu himpunan bagi menyuarakan bantahan terhadap kenaikkan harga barangan pada 31 Disember ini.

Himpunan bagi membantah kenaikkan harga barangan itu kemudiannya diputar belit media arus perdana sebagai himpunan bagi menggulingkan kerajaan.

“Tuduhan itu berat. Kita cabar lakukan siasatan. Jika tidak, kita menganggap polis telah dipergunakan sebagai alat bagi mempertahan Barisan Nasional,” tegas Latheefa. ~kd

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.