Mereka tidak percayakan profesionalnya polis atau menganggap majoriti rakyat masih bodoh?
Sebenarnya mereka cuba membisukan suara rakyat!
Pada aku sekiranya tidak ada provokasi tidak berlaku kekecohan Kecuali ada pihak yang sukakan huru hara terjadi dan telunjuknya akan dihalakan ke pihak lain!
Pada aku sekiranya tidak ada provokasi tidak berlaku kekecohan Kecuali ada pihak yang sukakan huru hara terjadi dan telunjuknya akan dihalakan ke pihak lain!
Tan
Sri Norian Mai hari ini menyuarakan keyakinan bahawa himpunan membantah
kenaikan kos sara hidup yang dijadualkan di Dataran Merdeka esok akan
berlangsung dengan aman tanpa sebarang keganasan.
Bekas Ketua
Polis Negara itu itu berkata, beliau percaya dengan kemampuan anggota
pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga sikap rasional
rakyat Malaysia yang tidak akan mencetuskan keganasan.
"Saya berkeyakinan dengan kemampuan polis untuk kendali situasi begini kalau wujud.
"Atas dua
premis ini, saya yakin perkara ini tak akan berlaku," katanya pada
sidang media di Shah Alam hari ini."Kedua, saya yakin dengan masyarakat
Malaysia yang rasional.
Badan bukan
kerajaan Turun Kos Sara Hidup (Turun) akan menganjurkan perhimpunan
besar-besaran bersempena sambutan ambang Tahun Baru membantah kenaikan
kos sara hidup.
Pengerusi
Turun, Muhammad Azan Safar telah ditahan polis ekoran penganjuran
himpunan berkenaan pada 23 Disember lalu atas dakwaan ingin
menggulingkan kerajaan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.