Followers

Saturday, December 7, 2013

Apakah Pengertian Ahli al-Sunnah Wal Jamaah?



Kalau setakat perlembagaan diwujudkan untuk mendapat pengiktirafan negara Islam yg lain seperti melepaskan batuk ditangga sahaja tidak perlulah dijadikan bahan berita. Amat memalukan isu hudud pun masih ditentang oleh pemimpin UMNU...!!!

Imam Masjidil Haram Kagum Malaysia Bakal Negara Islam Pertama Letak Pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah Dlm Perlembagaan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membawa usul untuk memasukkan perkataan Sunnah wal Jamaah dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai memperincikan takrifan Islam sebagai agama persekutuan negara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usul itu akan dibawa kepada kerajaan untuk dibincangkan bagi menghalang fahaman lain termasuk Syiah daripada berkembang di negara ini.

Apakah Pengertian Ahli al-Sunnah Wal Jamaah?

Pengertian Sunnah ialah Sunnah Rasulullah s.a.w., pengertian Jemaah ialah kumpulan Sahabat dan Tabien yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.