NGO pendesak PERKASA mengakui bahawa tiga agensi utama kerajaan – Majlis
Keselamatan Negara (MKN), Biro Tatanegara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal
Khas (JASA) menyalurkan bantuan kepada pertubuhan berkenaan bagi
menjayakan programnya.
Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata bantuan yang
disalurkan oleh agensi kerajaan kepada pertubuhan itu bagaimanapun
tidaklah sebanyak mana berbanding dengan usaha yang dijalankan untuk
menarik sokongan golongan Melayu kepada BN.
Syed Hassan berkata demikian bagi menjawab kenyataan anggota Majlis
Tertinggi Umno Tan Sri Isa Samad yang tidak yakin dengan kemampuan
PERKASA untuk mengantikan Umno dalam membela nasib orang Melayu.
Beliau berkata, Isa membuat kenyataan tidak bertanggungjawab apabila
menyatakan bahawa PERKASA sendiri pun banyak menerima bantuan Umno
selama ini.
“Perkasa harap Tan Sri Isa dpt senaraikan jumlah bantuan diberi kpd
Perkasa utk jayakan program2 selama ini. Berapa banyak? Berjut-jutakah?
Berbilion-bilionkah?,” katanya dalam satu kenyataan.
“Begitu juga dakwaannya bahawa agensi-agensi kerajaan bantu PERKASA.
Kami tak nafikan ada agensi seperti MKN (Majlis Keselamatan Negara), BTN
(Biro Tatanegara) dan JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas) bantu PERKASA untuk
jayakan beberapa program terpilih yang mana pada PERKASA tidak lebih yg
diberi kepada NGO lain termasuk NGO kaum Cina dan India.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.