Followers

Tuesday, December 10, 2013

Ada Yang Perasan Konon Dia Hebat !!

Ridhuan Tee dakwa ada pihak dengki dan cuba bunuh karakternya

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
 

 
Pensyarah kanan Universiti Pertahanan Nasional (UPNM), Profesor Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah (gambar) menyifatkan tuduhan-tuduhan yang dibuat ke atas beliau sejak kebelakangan ini adalah usaha untuk membunuh karakternya.

Ridhuan mendakwa, ada pihak-pihak yang dengki kepadanya di UPNM dan mungkin menyebarkan cerita palsu itu.

"Ini adalah 'character assassination' kepada saya," kata Ridhuan kepada The Malaysian Insider.
Ridhuan menafikan beliau mengajar tentang pembersihan etnik di dalam kelasnya sebagaimana didakwa.

Beliau meminta pihak yang membuat dakwaan memberikan bukti atas tuduhan tersebut.
"Berikan bukti bila, di mana saya mengajar sedemikian.

"Jika mereka mempunyai bukti siapa yang berkata demikian, sila nyatakan juga siapa sumber itu," katanya.

Ridhuan mengajar mata pelajaran Hubungan Etnik, serta Kenegaraan Malaysia dan Tamadun Islam Tamadun Asia (TITAS) di UPNM.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebelum ini bertanya di Parlimen apakah benar Ridhuan mengajar mata pelajaran pembersihan etnik di UPNM.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata walaupun beliau tidak mempunyai maklumat lengkap, beliau mempertahankan Ridhuan tersebut kerana tidak salah untuk menyentuh isu itu jika ia berdasarkan fakta.

“Kita mesti berlaku adil, kita perlu melihat sama ada subjek tersebut untuk mendidik pelajar atau dibuat dengan hasutan,” katanya menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh).

Menyatakan bahawa ahli akademik UPNM berpengetahuan dan berpengalaman, Abdul Rahim berkata sekiranya subjek itu diajar secara fakta, ia tidaklah merbahaya.

"Namun, kami akan menyiasat dan akan memberitahu anda akan keputusan lanjut nanti," katanya.

"Saya sedia disiasat oleh mana-mana pihak atas dakwaan ini," kata Ridhuan kerana bagi beliau dakwaan ini sangat berat dan meminta pihak yang membuat tuduhan bersemuka dengan beliau jika mereka mempunyai bukti.

Ridhuan mendakwa, apa yang beliau ajar dikelasnya adalah semua pihak patut hormati menghormati antara satu sama lain.

Namun begitu Ridhuan berpendapat, jika ada pihak yang mengajar pembersihan etnik sebagai satu pelajaran akademik ia bukanlah satu kesalahan tidak dengan syarat bukan ke arah untuk melahirkan perasaan benci antara satu sama lain khasnya antara kaum. – 9 Disember, 2013.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.