Datuk A Kadir Jasin menempelak Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat
Jalil (gambar) yang masih mengagungkan Datuk Seri Najib Razak dengan
menggelar ‘mahaguru’meskipun kesalahan demi kesalahan dilakukan Perdana
Menteri itu.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times
Press (NSTP) itu berkata, antara kelemahan Najib adalah kegagalannya
menawan semula Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang
disifatkannya rekod lebih buruk berbanding mantan perdana menteri Tun
Abdullah Ahmad Badawi.
"Najib tidak tahu apa yang perlu dilakukan di Selangor. Inilah
‘mahaguru’ Shahrizat,” katanya melalui kiriman di blog bertajuk “Ketua
Wanita dan Mahaguru”.
Beliau berkata krisis moral juga turut membayangi Umno dan BN setelah
bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disingkirkan
daripada parti atas isu tersebut.
Katanya, mujur Najib tidak meluluskan usul Shahrizat semasa Perhimpunan
Agung Umno 2013 (PAU 2013) lalu untuk menubuhkan Bank Wanita yang turut
menyarankan agar akaun Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat diperiksa bagi memastikan ia berada dalam keadaan teratur.
“Shahrizat tinggal serumah dan tidur bersama suami Datuk Seri Dr Mohamad
Salleh Ismail tetapi beliau mendakwa tidak tahu-menahu suami dan
anaknya terlibat dengan National Feedlot Corporation (NFC),” katanya
yang menyifatkan rakyat tidak mudah diperbodohkan.
Kadir turut menyelar Najib atas cubaannya melantik bekas ahli PAS
Mohammad Kazim Elias ke dalam ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno pada
hujung bulan lalu namun ditolak oleh pendakwah bebas itu.
“Adakah Najib tidak mempelawa Mohammad Kazim menyertai MT? Mujur PAS
tidak segeliga mana menyerang Mohammad Kazim. Mereka sepatutnya tidak
bersuara dan biarkan beliau menjadi pengintip parti lawan.
“Mengapa mengadu negara lain mengintip kita? Najib sendiri menjemput
pengintip menyertai MT. Jangan terkejut jika beliau suatu hari nanti
menjemput ahli DAP dan PKR juga,” katanya yang menyangka prinsip itu
diambil berdasarkan Umno yang dilabel parti rakyat,” katanya ~
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.