Saya meneliti pendedahan Kementerian Dalam Negeri melalui Ketua Setiausahanya Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mengenai isu Syiah yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.
Sejak dari tengahari semalam saya menanti pengumuman KDN dengan penuh
debaran, dan memikirkan apakah pendedahan ini bakal mematikan karier
politik Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS serta memerangkap PAS
seluruhnya atau sebaliknya.
Terfikir juga apakah pendedahan ini bakal mengubah landskap politik negara, dengan PAS menjadi sasaran pula selepas ini.
Umum mengetahui Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah agensi kerajaan paling digeruni. Mereka memiliki segala maklumat yang mendalam, tepat dan menyeluruh.
Mereka memiliki rangkaian komunikasi, pasukan perisikan, mesin propaganda, pemikir profesional dan lain-lain lagi yang mampu mengatur dan merencana sesuatu isu besar negara.
Apabila Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bersuara dan lantang menuduh Haji Mohamad Sabu, seakan ada kegusaran pada hati pada semua, terutama pemimpin PAS.
Maklumat apakah yang dimiliki beliau sehingga boleh menuduh tanpa ragu dan tanpa bimbang jika Timbalan Presiden PAS pula yang akan menyaman balas balik beliau.
Dengan pendedahan KDN semalam, ramai beranggapan bahawa KDN tidak matang dan masak dalam mencari bukti penglibatan Mohd Sabu dengan Syiah.
Sekadar kemukakan bukti yang tidak sahih, cakap dengar atau sekadar pandangan beberapa saksi yang mendengar dan melihat tokoh itu berfahaman Syiah, ia tidak boleh dijadikan hujah.
Mengkagumi tokoh Syiah tidak semestinya ia berfahaman Syiah, manakala mendengar dari mulut orang lain bahawa Mohd Sabu berselawat ala Syiah juga bukan asas untuk menuduh beliau Syiah. Pergi ulang alik ke Iran atas sesuatu urusan bukanlah tiket untuk melabelkan seseorang itu Syiah.
Yang menghairankan, apakah ini bukti yang dikatakan bukti jelas Mohamad Sabu sebagai Syiah?
Ramai yang keliru apakah itu suatu taktik untuk sengaja memalukan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi supaya beliau disaman dan kalah dimahkamah. Mungkinkah juga KDN diperalat untuk tampil kemukakan bukti walau bagaimana sekalipun atas dasar ‘terlepas cakap’ Naib Presiden UMNO itu di Perhimpunan Agung UMNO yang lalu?
Jika inilah buktinya, maka sukar bagi rakyat untuk mempercayainya. Ketiadaan bukti sahih yang jelas adalah suatu perkara memalukan serta kekalahan besar buat KDN dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid.
Jika beginilah tahap KDN bertindak, maka tahap keselamatan negara berada dalam keadaan yang mencemaskan.
Disarankan agar pegawai-pegawai KDN membuat ‘homework’ yang panjang serta pasukan risikan yang terperinci sebelum memerangkap seseorang dengan tuduhan yang berat seperti yang diucapkan oleh Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.
****DR RIDUAN MOHD NOR adalah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.