Dia ditahan oleh pemimpin kumpulan Komunis Mao sejak 30 tahun lalu.
Kehilangan kakaknya menyebabkan kesedihan kepada keluarganya. Kamar berkata, ibunya memberi wasiat supaya menjejaki apa yang berlaku kepada anak perempuannya yang tidak pernah pulang.
“Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya.
Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya.
“Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya kepada The Daily Telegraph.
Aishah belajar di sekolah paling elit di Malaysia dan mendapat anugerah biasiswa Komanwell untuk belajar bidang Juruukur Bahan di London.
Dia
ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk
mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi terlibat dengan kegiatan
politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya kerana
ajaran Maoist.
lapor The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.