Followers

Monday, November 4, 2013

Tolak pemimpin rasuah,gesa PAS !!

Photo: Tolak pemimpin rasuah,gesa PAS 

3 November  2013

Dalam tempoh berbaki tak kurang 24 jam sebelum PRK Dun Sungai Limau,PAS hari ini mendakwa BN telah menyalahgunakan jentera kerajaan di samping melakukan rasuah.

Ketua Penerangan Pas,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,pemberian wang tunai dan barangan telah dilakukan secara terang serta jelas yang turut melibatkan jentera kerajaan BN.

"Pemberian dilakukan secara terang-terangan dalam bentuk pemberian wang ringgit dan barangan atas pelbagai nama.Ia dilakukan secara terbuka oleh pimpinan kerajaan di samping penggunaan hampir seluruh jentera kerajaan kecuali Jabatan Kaji Cuaca sahaja yang tidak kelihatan.

"Budaya salahguna jentera kerajaan untuk kempen BN akan berhenti jika rakyat ambil pendekatan tidak menyokong penyalahgunaan sebegini,"katanya.Tambahnya,pengundi Dun Sungai Limau  perlu menghantar isyarat jelas menolak calon BN bagi menyatakan tentangan kepada amalan rasuah yang diamalkan parti tersebut.

Dalam pada itu,Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata,Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya menjadi "kayu mati" ekoran gagal menghalang rasuah pilihanraya yang berlaku secara berleluasa di Dun tersebut.

"SPRM yang diharap menjadi agensi penguatkuasaan pencegahan rasuah serta pihak polis menjadi pemerhati kosong di atas apa yang berlaku.Kegagalan Malaysia untuk mengambil contoh pencegahan rasuah negara luar telah jadi bahan ketawa pemerhati asing.

"Kini ia telah menjadi budaya yang diterima oleh umum menyebabkan penduduk yang terpinggir dan miskin akan bergantung kepada pilihanraya kecil untuk kawasan mereka diberi perhatian,paling tidak pelbagai janji yang memenuhi impian mereka," katanya. Dalam tempoh berbaki tak kurang 24 jam sebelum PRK Dun Sungai Limau,PAS hari ini mendakwa BN telah menyalahgunakan jentera kerajaan di samping melakukan rasuah.

Ketua Penerangan Pas,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,pemberian wang tunai dan barangan telah dilakukan secara terang serta jelas yang turut melibatkan jentera kerajaan BN.

"Pemberian dilakukan secara terang-terangan dalam bentuk pemberian wang ringgit dan barangan atas pelbagai nama.Ia dilakukan secara terbuka oleh pimpinan kerajaan di samping penggunaan hampir seluruh jentera kerajaan kecuali Jabatan Kaji Cuaca sahaja yang tidak kelihatan.

"Budaya salahguna jentera kerajaan untuk kempen BN akan berhenti jika rakyat ambil pendekatan tidak menyokong penyalahgunaan sebegini,"katanya.
 
Tambahnya,pengundi Dun Sungai Limau perlu menghantar isyarat jelas menolak calon BN bagi menyatakan tentangan kepada amalan rasuah yang diamalkan parti tersebut.

Dalam pada itu,Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata,Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya menjadi "kayu mati" ekoran gagal menghalang rasuah pilihanraya yang berlaku secara berleluasa di Dun tersebut.

"SPRM yang diharap menjadi agensi penguatkuasaan pencegahan rasuah serta pihak polis menjadi pemerhati kosong di atas apa yang berlaku.
 
Kegagalan Malaysia untuk mengambil contoh pencegahan rasuah negara luar telah jadi bahan ketawa pemerhati asing.

"Kini ia telah menjadi budaya yang diterima oleh umum menyebabkan penduduk yang terpinggir dan miskin akan bergantung kepada pilihanraya kecil untuk kawasan mereka diberi perhatian,paling tidak pelbagai janji yang memenuhi impian mereka," katanya.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.