Celupar Sungguh Mulut Dia Nih?
Sedarkah dia??
Sebagai seorang pegawai kerajaan adalah tidak manis dan cukup tidak beretika bila memperlekeh dan menghina seseorang begini?

Sepatutnya pihak Perhilitan dan JPA mengambil berat perkara ini
Masyarakat Orang Asli menyatakan perasaan tidak puas hati mereka dengan kenyataan seorang pegawai kanan di bahagian penguatkuasaan Jabatan Perhilitan yang didakwa mengibaratklan kumpulan itu dengan haiwan.
Pegawai daripada taman negara Kuala Krau itu didakwa menulis di Facebook: "OA (Orang Asli) jangan jadi ibarat haiwan, merayau di situ ada hutan di situ tanah mereka."
Beliau dikatakan mempertahankan tindakan kerajaan meletakkan pagar berdawai sepanjang Sungai Krau untuk keselamatan hidupan liar di taman negara.
Orang Asli bagaimanapun melihat langkah itu menjejaskan kehidupan mereka.
"Saya amat kecewa dengan kenyataan tersebut, seoalah-olah Orang Asli bukan manusia...," tok batin yang dikenali sebagai Mhd Kuang itu dipetik sebagai berkata dalam kenyataan daripada Jaringan Orang Asli Pahang (JOAP) hari ini.
Mhd Kuang ( GAMBAR DIBAWAH), 68, juga mahukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan itu.
Beliau malah membangkitkan soal pendudukan di kawasan itu yang mana sebelum Perhilitan, Orang Asli sudah lama menduduki kawasan itu.
"Kita yang memberi nama bukit-bukit dan gunung (di hutan) tetapi mengapa Perhilitan cakap macam itu," katanya dengan begitu marah.
Semakan Malaysiakini di laman itu sehingga jam 4.01 petang mendapati komen di Facebook itu tidak boleh diakses buat sementara waktu.
Posted by mountdweller.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.