Followers

Tuesday, November 26, 2013

Talam: Selangor peroleh aset RM700 JUTA !!

Photo: Selasa, 26 November 2013.

Talam: Selangor peroleh aset RM700 JUTA !!
 
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor memperolehi nilai aset berjumlah RM700 juta daripada penyelesaian hutang Talam Corporation Berhad (Talam) yang nilai asalnya berjumlah RM390 juta.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, aset hartanah yang diperolehi melalui kutipan hutang Talam itu akan dibangunkan kerajaan negeri bagi memastikan ia terus menjana keuntungan.

Abdul Khalid berkata, tanah di Bukit Beruntung seluas 1,275 ekar dan 25.93 ekar akan dibangunkan dalam bentuk pembangunan bercampur oleh anak syarikat kerajaan negeri, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) serta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Kerajaan negeri katanya tidak bercadang untuk menjual tanah berkenaan walaupun ada pihak yang menyatakan hasrat untuk membelinya dengan harga RM300,000 satu ekar.

“Tanah Bukit Beruntung, ia akan dibuat dalam bentuk pembangunan bercampur, pelan pembangunan sudah disiapkan dan sekarang ada orang yang ingin membeli satu ekar dengan harga RM300,000, jadi kita tidak bercadang untuk menjualnya.

“Saya akan tunjukkan bahawa Insya-ALLAH bahawa kita dapat bangunkan Bukit Beruntung, kawasan itu akan menjadi beruntung,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) ketika Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, semalam.

Abdul Khalid berkata, tanah di Bestari Jaya berkeluasan 2,263 ekar akan dibangunkan menjadi tapak takungan air bagi mengatasi masalah kekurangan air ketika musim kemarau.

Katanya, terdapat dua cadangan yang dikemukakan bagi pembangunan di Bestari Jaya iaitu untuk dijadikan tapak takungan air bagi mengatasi masalah kekurangan air di musim kemarau dan pembangunan hartanah di kawasan sekitar takungan air itu.

Bagaimanapun, Abdul Khalid berkata, cadangan tersebut masih di peringkat perbincangan dan akan diputuskan kelak.

“Kerajaan negeri menjual tanah di Danau Putra berkeluasan 140 ekar dengan nilai RM60 juta dan tanah Puncak Bukit Jalil seluas 12 ekar yang dibeli Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB),” kata beliau.

Untuk rekod, isu hutang Talam ini pernah menjadi topik yang cukup hangat pada 2008.

Talam Corp, yang kini dikenali sebagai Trinity Corporation Berhad, berhutang kepada Universiti Selangor (Unisel) dan Permodalan Nasional Selangor Berhad (PNSB) RM277 juta, termasuk SAP Holdings — anak syarikat Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) — RM115 juta, bagi keseluruhan bernilai RM392 juta.

Bagaimanapun, selepas PRU 2008, hutang berkenaan terdedah apabila PR memenangi Selangor, dan kerajaan pimpinan Abdul Khalid mula menggerakkan usaha mendapatkan kembali hutang berkenaan.

Sinar Harian

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com. SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor memperolehi nilai aset berjumlah RM700 juta daripada penyelesaian hutang Talam Corporation Berhad (Talam) yang nilai asalnya berjumlah RM390 juta.

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.