Pengundi Cina tidak lari meninggalkan PAS, kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 November, 2013.Pengundi Cina tidak lari meninggalkan PAS, kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar.
Gambar The Malaysian Insider
oleh Nazir Sufari, 7 November, 2013.
PAS menolak dakwaan MCA Kedah
kononnya pengundi Cina lari meninggalkan PAS dalam Pilihan Raya Kecil
(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau baru-baru ini.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata pengundi Cina kekal sebagaimana pilihan raya umum lalu manakala sebahagian daripada mereka tidak keluar mengundi.
"Jika benar dakwaan MCA itu bermakna undi Melayu untuk Umno turun mendadak. Apakah Umno bersetuju," kata Mahfuz.
Mahfuz berkata, sebahagian kecil pengundi Cina yang mengundi PAS dalam pilihan raya lalu mengambil jalan selamat kali ini selepas dikelilingi oleh tukang kempen BN khasnya MCA sepanjang kempen.
"Sebahagian mereka memang tidak keluar mengundi kerana menjaga kepentingan mereka dengan BN. Mereka takut jika BN tahu mereka mengundi PAS, mereka akan susah," katanya dalam wawancara khasnya dengan The Malaysian Insider hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kononnya undi Cina untuk BN meningkat dalam PRK Sungai Limau.
Bakal Exco Kedah dari MCA, Dr Leong Yong Kong dalam kenyataannya kepada media Cina, berkata BN berjaya mendapat 75.27 % undi Cina dalam PRK Sungai Limau iaitu 892 undi daripada 1,185 pengundi Cina yang membuang undi dalam PRK itu.
Katanya, ini adalah peningkatan sebanyak 732 undi Cina untuk BN berbanding pilihan raya umum lalu kerana MCA mendakwa BN mendapat tidak sampai 10% undi daripada 1,600 pengundi Cina yang mengundi pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Sebelum ini, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata jika benar dakwaan ini bermakna Umno yang kalah besar di Sungai Limau kerana pengundi Melayu lari daripada parti itu dalam PRK selepas mengundinya dalam pilihan raya umum lalu.
Mahfuz berkata, beliau bimbang juga menjelang pilihan raya umum lalu kalau-kalau pengundi Cina lari dengan mendadak daripada PAS di Kedah.
Katanya, ini adalah susulan daripada laporan diterimanya berikutan pelbagai isu dimainkan oleh media berhubung dengan dasar kerajaan negeri Kedah di bawah pentadbiran allahyarham Tan Sri Azizan Razak.
Bagaimanapun, katanya, keputusan pilihan raya di Kedah dalam pilihan raya umum lalu tidak teruk dalam konteks pengundi Cina.
Katanya, menjelang PRK Sungai Limau yang lalu, beliau bimbang jika peranan Dr Leong yang dikatakan bakal dilantik sebagai Exco Kedah dari MCA mempengaruhi undi masyarakat Cina.
"Saya bimbang kerana orang Cina sudah tentu menaruh harapan kalau ada Exco Kedah di kalangan Cina kerana ia akan memudahkan mereka. Namun, nampaknya undi Cina tidak berubah banyak sangat berbanding pilihan raya umum lalu," katanya.
PAS berjaya mengekalkan kerusi Sungai Limau apabila calonnya Mohd Azam Abdul Samat mengalahkan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan majoriti 1,084 undi dalam PRK itu. – 7 November, 2013.
The Malaysian Insider.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.