A Shukur mempunyai lebih 30 tahun pengalaman sebagai wartawan dan
bekerja dengan pelbagai media. Beliau kini pencen tetapi menjadi
pemerhati politik yang tegar.
Lebih 30 tahun lalu, seingat saya, isu perkauman jarang sekali berbangkit atau dibangkitkan dengan nyaringnya di negara ini. Boleh jadi zaman itu belum banyak NGO, lebih-lebih lagi yang diasaskan kepada sesuatu kaum dan agama seperti sekarang.
Bukan tidak ada langsung NGO seperti ini tetapi jarang kedengaran daripada mereka suara perkauman atau pemahaman agama yang sempit. Ini bukan pula bererti mereka tidak cintakan agama dan bangsa masing-masing, tetapi suara mereka tidaklah demikian garang dan tajam seperti sekarang.
Malah pada masa itu isu rusuhan 13 Mei, jarang diingat dan dibangkitkan, walaupun jarak masanya tidaklah begitu jauh. Demikian juga parti-parti politik yang ada pada waktu itu, tidaklah begitu lantang meneriakkan isu perkauman, walaupun parti besar seperti PAS, Umno dan DAP sudah pun kukuh di tengah masyarakat, tetapi suara perkauman dan pelampau agama amat jarang terdengar.
Ini menyebabkan suasana kehidupan masyarakat terasa aman dengan toleransi kaum dan agama terpelihara dengan baik, justeru jarang kedengaran suara perkauman yang membingitkan.
Ini berbeza dengan keadaan sekarang, apabila suara perkauman dan suara pelampau agama begitu garang kedengaran hampir setiap hari, atau pun setiap hari.
Ia diteriakkan oleh pelampau perkauman di dalam parti tertentu dan sesetengah NGO, maka keadaan ini sangat menakutkan. Ia diteriakkan dalam ceramah, kenyataan akhbar, malah diteriakkan lebih lantang di pelbagai media.
Keadaan ini benar-benar mengganggu keharmonian kaum dan toleransi beragama dalam masyarakat majmuk yang terbina sekian lama di negara ini.
Seingat saya, sejak lama dulu, pemimpin PAS, parti politik bernuansa Islam, dalam ceramah dan kenyataan mereka sentiasa mengingatkan masyarakat akan hadis Rasulullah bahawa “Bukan dari umatku, mereka yang meneriakkan assobiyah (perkauman).” Oleh itu, PAS berjuang atas dasar Islam bukan perkauman, kata pemimpin PAS.
Seruan ini, yang diulang-ulang di mana saja, kelihatannya berkesan dan semakin ramai yang menyertai PAS hingga kini kerana tertarik kepada dasar PAS yang murni Islam dan tidak perkauman.
Tetapi, menurut pengamatan saya, pemimpin PAS kini semakin kurang mengulang hadis Rasulullah tadi baik dalam ceramah mahupun kenyataan mereka. Padahal, saya kira, ingatan ini sangat wajar diulang lebih-lebih lagi dalam suasana teriakan perkauman semakin lantang di tengah masyarakat.
Mungkin ada hujah bahawa rakyat semakin faham di mana Islam menentang perkauman. Tetapi memandangkan jeritan perkauman semakin nyaring dan menakutkan, maka hadis Rasulullah itu sewajarnya diulang-ulang kembali untuk mengingatkan rakyat akan bahaya perkauman.
Sewajarnya kita bimbang bahawa teriakan perkauman ini dikhuatiri lama kelamaan akan mempengaruhi sesetengah anggota masyarakat, maka itu PAS/Pakatan Rakyat, malah parti politik lain, mempunyai tugas penting menerangkan kepada rakyat berbilang kaum di negara ini akan bahaya perkauman.
PAS/Pakatan Rakyat sewajarnya menyusun program bersama secara besar-besaran menerangkan kepada rakyat mengenai bahaya perkauman dan mengajak rakyat menolak sebarang elemen perkauman walau dari kaum mana pun datangnya.
Ini sebenarnya agenda besar perjuangan Pakatan Rakyat untuk membina keharmonian kaum dan perjuangan ini semakin penting memandangkan teriakan perkauman semakin lantang.
Benar Pakatan Rakyat mempunyai tugas bebsar menegakkan keadilan, demokrasi dan hak asasi rakyat serta menentang rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan penyelewengan, tetapi dalam masa yang sama perjuangan menentang perkauman juga sangat penting.
Perjuangan untuk menegakkan keadilan, rasuah, salah guna kuasa dan lain-lain akan terbantut apabila ia berdepan dengan serangan perkauman justru ia memusnahkan segalanya.
Saya teringat ucapan pejuang kulit hitam dan hak asasi manusia di Amerika Syarikat, Martin Luther King, yang berkata, “Saya mempunyai empat anak yang sedang membesar. Impian saya ialah supaya anak-anak saya itu menjadi dewasa dalam suasana di mana mereka tidak dinilai berdasarkan warna kulit dan keturunan mereka, tetapi dinilai berdasarkan kebolehan dan kemampuan mereka.”
Ini antara ucapan tokoh dunia yang selalu saya ingat ketika merenung kehidupan ini dan merasa sangat gusar ketika menyaksikan dan mendengar teriakan perkauman yang semakin latang, seperti tidak terkawal di negara ini.
Tidak perlulah saya mengutarakan satu demi satu isu perkauman dan pemahaman agama sempit yang kedengaran sejak akhir-akhir ini.
Yang pasti ia boleh merosakkan keharmonian kaum, dan masyarakat prihatin sudah mengetahui dengan jelas pelbagai isu ini yang menyala dalam pelbagai media dan berdasarkan ucapan pelbagai tokoh.
Saya teringat apa yang ditulis oleh pengarang British, Anthony Burgess dalam bukunya ‘The Malayan Trilogy’ pada tahun 50-an, bahawa negara ini sangat indah, sungai dan lautnya cantik, banyak ikan, muka buminya cantik, subur dan penduduknya hidup dalam aman damai.
Ini persepsi seorang penulis British yang pernah berkhidmat di Malaya, tetapi bagaimana jika penulis ini masih hidup dan datang menyaksikan suasana negara ini yang kini diselubungi jerebu perkauman.
Pada pendapat saya, perbuatan sesetengah pihak membangkitkan isu perkauman sebenarnya adalah suatu pengkhianatan kepada negara dan rakyat. Sebab itu, PAS/Pakatan Rakyat bersama NGO yang tidak rasis perlu bersama berganding bahu menentang elemen perkauman.
Dalam hubungan ini, Muktamar Tahunan PAS dari 22 hingga 24 November ini sewajarnya antara lain, memberi tumpuan kepada usaha menentang perkauman dengan rakyat diberi pemahaman mengenai bahaya perkauman dan bersama menentangnya. Juga wajar diterangkan kepada rakyat supaya menjauhi parti politik perkauman.
Apalah ertinya jika banyak projek pembangunan, bangunan pencakar langit, jalan yang cantik dan lampu bergemerlapan di malam hari di kota-kota besar tanah air, jika di pelbagai sudut bersarang elemen perkauman yang mengaum seperti singa lapar.
Justeru ia adalah sampah sarap yang busuk dan hanyir serta memudaratkan rakyat. – 5 November, 2013.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya
Posted by zbh2663 Muhajirin

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.