Presiden
PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang mula membentangkan ucapan
dasar bertemakan "Rahmat Untuk Semua" pada Majlis Perasmian Muktamar
Tahunan PAS ke-59, di Stadium Melawati, dekat sini.
Sambil
mengalu-alukan kehadiran sidang muktamirin, rakan taulan, para tetamu
dan pemerhati, beliau menjelaskan tema "Rahmat Untuk Semua" adalah berpaksikan kepada keyakinan bahawa perjuangan Islam yang dibawa PAS membawa rahmat kepada seluruh alam.
PAS, ujarnya menyampaikan mesej Islam melalui wadah tarbiyah, dakwah dan siyasah (politik).
Mesej
Islam yang dibawa para rasul dan disempurnakan Nabi Muhammad s.a.w. ini,
ujarnya membawa rahmat kepada ke seluruh alam sesuai dengan firmah
Allah SWT dalam Surah al-Anbiya', ayat 107.
"Marilah
sama-sama kita memahami, bahawa apa yang kita bawa ini bukan bersifat
retorik dan bukannya suatu janji-janji indah yang ingin mengaburi
pandangan manusia atau mengelirukan kefahaman.
"Maudu’
kita adalah Islam yangberteraskan kepada keyakinan yang dipahat dengan
tegasdalam Fasal 3 Perlembagaan PAS. Inilah Islam yang yang nyatakan
oleh Rasulullah s.a.w. membawa rahmat adil kepada masyarakat majmuk yang
bersaudara di atas kemanusiaan," ujarnya.
Seramai
1,120 perwakilan termasuk pemimpin PAS Pusat akan berhimpun di Stadium
Malawati, Shah Alam sehingga 24 November pada muktamar pemilihan kali
ini.
Proses
pemilihan jawatan dalam parti akan berjalan petang ini dan keputusan
pemilihan dijangka akan diketahui kira-kira jam 8.45 pagi 23 November
(Sabtu).
Perbahasan
ucapan dasar dan perbahasan usul berlangsung esok manakala hari ke-3
muktamar pula akan diisi dengan ucapan penggulungan oleh pemimpin PAS
Pusat dan ucapan penangguhan oleh Tuan Guru Abdul Hadi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.