Followers

Sunday, November 10, 2013

Selepas isteri, kini anak George W Bush pula memeluk Islam




Orang-orang barat kini sudah ramai yang sibuk dengan mempelajari ilmu islam, dan cuba mengikuti apa yang diperintahkan oleh Islam. Sehinggakan mereka dibukakan pintu hati untuk memeluk islam dengan penuh keimanan. Maka dari tahun ke tahun, ribuan orang-orang barat memeluk islam.

Pada tahun 2005 wanita pertama Amerika Syarikat, Laura Bush, isteri kepada George W. Bush diberitakan memeluk Islam di Jerusalem. Berita Laura Bush memeluk Islam memeranjatkan seluruh warga Amerika yang mendapat berita tersebut.






spoof.com
Kini anaknya pula diberitakan memeluk Islam video beliau memperkatakan tentang Al Quran dan Allah dimuatkan ke youtube pada 18.3.2013.

Kononnya Zakir Naik (pendakwah terkenal) mengumumkan penerimaan beliau (anak bush) terhadap Al Quran pada May 2012.

Carian google mendapati Bush hanya mempunyai sepasang anak kembar iaitu Barbara Pierce Bush (kakak)  dan Jenna Bush Hager (adik).

Gambar dalam video lebih mirip kepada Jenna Bush Hager yang berkulit cerah dan bermata hitam.


Jenna Bush Hager


Keraguan membuatkan admin terus mencari bukti/status keislamam ibu dan anak keluarga Bush ini. Namun apa yang memeranjatkan ialah siaran berita oleh Daily Mail 8 Nov. 2013 yang memaparkan gambar Jenna Bush Hager dengan pakaian seksi tanpa hijab.Ibunya Laura Bush juga demikian.


DailyMail. uk. 8 Nov.2013


Kesimpulannya berita keislaman dua beranak ini adalah palsu semata-mata.

Mengapa perlu publisiti murhan seperti ini. Tidakkah berita palsu sebegini memalukan Islam?

Tampak seolah-olah Islam begitu desperate untuk mendapat pengikut daripada golongan popular.

Siapakah wanita dalam video di atas? Wajahnya mirip wanita arab.

adios


Gendang Perang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.