Followers

Monday, November 25, 2013

Saman fitnah Anwar terhadap Khairy akan dibicarakan

Photo: snin, 25 November 2013.

Saman fitnah Anwar terhadap Khairy akan dibicarakan
 
Saman fitnah RM100 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin akan diteruskan dengan perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Ini susulan keputusan sebulat suara panel lima anggota Mahkamah Persekutuan hari ini, menolak permohonan Khairy bagi kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan saman sivil itu yang difailkan terhadapnya.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang mempengerusikan panel itu, berkata kebenaran tidak boleh diberikan kepada Khairy untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan kerana beliau gagal memenuhi syarat utama Seksyen 96 (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Beliau berkata persoalan yang dikemukakan untuk ditentukan Mahkamah Persekutuan tidak berbangkit daripada penghakiman mahkamah lebih rendah.

Hakim Zulkefli memerintahkan Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, membayar RM15,000 sebagai kos perundangan kepada Anwar.

Turut bersidang ialah empat Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Seri Abu Samah Nordin.

Pada 7 Mac, 2008, Anwar, 66, memfailkan tindakan undang-undang terhadap Khairy, mendakwanya, sebagai Ketua Pemuda Umno, telah mengeluarkan kenyataan memfitnah dan menyebabkan klip video bertajuk “Anwar and kin no threat” dimuat naik dalam laman web termasuk Malaysiakini.com.

Ketua Pembangkang itu mendakwa klip video dalam Malaysiakini.com mengandungi perkataan memfitnah yang diucapkan Khairy pada satu ceramah di Lembah Pantai, Kuala Lumpur pada atau sekitar 20 Februari, 2008.

Khairy, dalam pernyataan pembelaannya difailkan pada 8 Okt, 2010, berkata beliau bergantung kepada pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat.

Pada 21 Disember, 2011, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menolak permohonan Khairy untuk membatalkan saman fitnah itu.

Khairy memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan selepas beliau gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 8 Ogos tahun lepas.

Peguam yang mewakili Anwar, Datuk Sulaiman Abdullah memberitahu pemberita, Mahkamah Tinggi menetapkan Khamis dan Jumaat ini bagi perbicaraan saman itu.

Khairy diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. – Bernama

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com. Saman fitnah RM100 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin akan diteruskan dengan perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.