Aktivis
sosial dan NGO hak asasi memberi amaran terhadap peningkatan masalah di
Sarawak, apabila penduduk kampung didakwa diprovok untuk menghadapi
"polis mabuk" selepas kampung berkaitan dilimpahkan dengan air untuk
projek RM4 bilion projem Empangan Murum.
Sejak 23 September, apabila masyarakat Penan mengadakan hadangan ke
tapak empangan, polis sudah menahan lebih 10 orang kampung, termasuk
remaja 13 tahun, kata aktivis.
Abun Sui Anyit (kiri), peguam masyarakat itu, mendesak pihak berkuasa
menyiasat dakwaan terhadap "pegawai polis mabuk" di empangan itu.
"Kami bimbangkangkeselamatan masyarakat Penan jika pegawai polis mabuk
dibenarkan untuk menyertai operasi di empangan, terutamanya mereka yang
lengkap bersenjata.
"Penduduk tempatan membuat laporan polis terhadap polis itu semalam," kata Abun dalam kenyataan.
Polis sendiri mengadakan setakan jalan raya untuk menghentikan bekalan
makanan, air, ubat serta pekerja sosial dan pemberita daripada masuki
tapak empangan yang sudah siap dan menunggu pembendungan air. - mkini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.