KUALA LUMPUR - Tindakan Jabatan Peguam Negara
(JPN) untuk tidak memfailkan rayuan terhadap pembebasan Menteri
Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik atas pertuduhan menipu Putrajaya
berhubung urusan pembelian tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)
sangat membingungkan.
PKFZ telah menyebabkan kerajaan rugi RM12.5 bilion, tidakkah sepatutnya perkara ini diperjuangkan habis-habisan oleh JPN?
Menurut seorang peguam hak asasi manusia Syahredzan Johan yang dipetik laman web The Malay Mail Online sebagai berkata, tindakan JPN wajib dipersoalkan rasionalnya untuk mengambil keputusan sedemikian.
Katanya, JPN selalunya cepat untuk menfailkan rayuan terhadap keputusan yang mempromosikan hak asasi manusia, perlembagaan dan juga kes-kes yang melibatkan pemimpin pembangkang.
“Tapi apabila keputusan kes mengenai rasuah terhadap seorang bekas menteri, JPN tidak mahu merayu pula,” sindirnya.
Syahredzan juga mempersoalkan apakah JPN mengambil pendirian bahawa kes tersebut tiada merit untuk membuat rayuan.
“Apakah ia disebabkan kes ini satu kes yang lemah sejak permulaan perbicaraan, atau ada kelemahan di dalam kes pendakwaan oleh JPN sendiri? Jika kes ini lemah sejak mula, mengapa perlu membuat dakwaan? Jika ini kerana kelemahan, maka yang perlu ditanya ialah apakah kelemahan tersebut,” tegasnya lagi.
Sementara itu, pengerusi DAP Karpal Singh berpendapat rayuan sepatutnya telah difailkan, namun beliau mempertegaskan bahawa ia adalah hak JPN untuk menentukannya.
“Tetapi Peguam Negara perlu memberikan penjelasan. Perkara ini tidak sepatunya dibiarkan begitu sahaja. Kes ini juga tidak berakhir dengan pembebasan. Mesti ada suatu siasatan mengenai kerugian besar yang ditanggung dalam PKFZ,” Karpal dipetik sebagai berkata oleh The Malaysian Insider.
Dr Ling, 70, dibebaskan pada 25 Oktober lalu setelah mahkamah mendapati berliau tidak bersalah atas dakwaan menipu dan sengaja tidak memaklumkan maklumat kepada kerajaan persekutuan dalam kes PKFZ.
Beliau dituduh sengaja tidak mendedahkan dan menipu kabinet bahawa terdapat kadar faedah tambahan sebanyak 7.5% setahun pada harga pembelian tanah untuk projek PKFZ, sedangkan ia telah ditetapkan pada RM1,088,456,000 oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta berasaskan RM25 sekaki persegi, termasuk kadar faedah.
Tarikh tutup rayuan ialah pada Jumaat lepas, 8 November 2013.
Kes ini menarik perhatian ramai apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudi tampil memberi keterangan bagi Dr Ling.
Harakahdaily

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.