Followers

Monday, November 18, 2013

PERHATIAN BUAT MACAI MACAI UMNO HAPRAK !

Baca dan teliti betul2 kenyataan diatas, jangan nak fitnah dan menuduh Kerajaan Kelantan PAS tidak mahu melaksanakan Hukum Hudud, Kerajaan Negeri terikat dengan Akta Mahkamah Syariah 1965 mengikut Perlembagaan Negara. 

 Orang2 kampung boleh lah nak ditipu, ramai Pakar2 Perundangan dalam PAS dan PR sudah membuat kajian tersebut. 

Lepas ini jangan ada lagi mulut2 longkang yang cuba nak mempertikaikan BILA LAGI PAS NAK LAKSANA HUDUD DIKELANTAN.... Faham ??

PAS tidak akan laksana hudud


Dr Shamrahayu Abdul Aziz
Kelantan tidak akan dapat meneruskan hukum hudud walaupun Mahkamah Syariah negeri itu bersedia melainkan usul tersebut dibahaskan dan diluluskan dalam Parlimen.

Penganalisis Perundangan, Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata, hudud tidak dapat dilaksanakan di Kelantan kerana terikat dengan Akta Mahkamah Syariah 1965 di mana kuasa Dun dan bidang kuasa mahkamah syariah adalah tertakluk kepada akta tersebut.

“Isu ini kena bentang di Parlimen, kena bawa perbahasan di Parlimen untuk gubal rang undang-undang baru untuk memberikan kuasa penuh kepada mahkamah syariah sebagaimana kehendak hukum syarak.

“Tidak kisah siapa (ahli Parlimen) bawa usul tersebut tetapi akta Parlimen ini perlu melalui Jabatan Peguam Negara dan nak lulus bergantung pada Parlimen,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Shamrahayu berkata, tiada saluran lain bagi Kelantan untuk melaksanakan hudud memandangkan negeri tersebut berada dalam Malaysia, bermakna Kelantan perlu mengikut perlembagaan negara.

Beliau berkata, perlembagaan memberikan kuasa kepada parlimen untuk menentukan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah.

“Ini mengikut butiran 1 Senarai 2 Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan, di mana Parlimen pada 1965 meluluskan satu akta yang meletakkan bidang kuasa berkaitan hukuman yang boleh dibuat Dun untuk dilaksanakan.

“Undang-undang melangkaui tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan disekat,” katanya.

Beliau berkata, walaupun mahkamah bersedia, namun semua pihak perlu memahami bahawa mahkamah hanya melaksana, bukannya menggubal undang-undang tersebut. SH



Gendang Perang.



 
"WAMAKARU WAMAKARALLAH, WALLAHU KHAIRUL MAAKIRIN".... Mereka merancang , Allah SWT juga ada perancanganNya, Perancangan Allah mengatasi segala perancangan jahat mereka" - Wallahuallam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.