[TMI] Penyandang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mempunyai kelebihan
10 tahun ke hadapan daripada segi politik berbanding pencabarnya, Datuk
Mohd Amar Nik Abdullah bagi perebutan jawatan kedua tertinggi parti
Islam itu, kata Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Kebangsaan (MPN),
Profesor Ulung, Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.
Dr Shamsul berkata, pengalamannya dalam perjuangan parti serta kepimpinan yang sangat luas menyebabkan nama Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu lebih dikenali masyarakat.
“Mungkin kerana sikapnya yang suka turun padang, bersalam dengan orang
ramai, bagi seminar dan forum menjadikan beliau lebih menonjol.
“Namanya juga sering disebut berbanding Mohd Amar.
Mungkin Mohd Amar hanya terkenal di Kelantan,” katanya dipetik daripada akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian.
Mungkin Mohd Amar hanya terkenal di Kelantan,” katanya dipetik daripada akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian.
Katanya, sekiranya Mohd Amar terpilih pada Muktamar PAS ke-59 yang
berlangsung pada 22 hingga 24 November ini, mungkin kerana kesinambungan
sebagai wakil daripada golongan ulama.
“Pastinya orang Kelantan akan berkempen untuk mengangkatnya dan mencari
jalan supaya pemimpin baru ini meneruskan perjuangan PAS.
“Selain itu, mungkin mahu membawa perubahan dalam pucuk pimpinan parti
dengan kehadiran orang muda menjadi batu loncatan Mohd Amar untuk
mengambil alih jawatan tersebut,” katanya.
Shamsul berkata, Mohamad bukan calang-calang orang kerana beliau masih
berjaya memimpin parti walaupun kalah bertanding di Parlimen Pendang,
Kedah kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Othman Abdul.
“PAS tidak menghukum beliau dengan kekalahan itu, sebaliknya mungkin
diberi mandat baru.
Daripada segi kepimpinan dan popularitinya itulah menjadi pengukur kepadanya terus mengekalkan jawatan timbalan presiden pada muktamar nanti,” katanya.
Daripada segi kepimpinan dan popularitinya itulah menjadi pengukur kepadanya terus mengekalkan jawatan timbalan presiden pada muktamar nanti,” katanya.
Mengulas mengenai kedudukan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
yang tiada pencabar, Shamsul berkata, pengalaman pemimpin itu dalam
selok-belok parti dan kerajaan membantunya terus kekal.
“Pemimpin lain dilihat tidak bersedia lagi menggalas tugas sekiranya
berada pada kedudukannya itu yang boleh disamakan dengan menteri-menteri
di peringkat kerajaan.
“Sekiranya PAS memerintah Malaysia, Hadi akan menjadi Perdana Menterinya,” katanya.
Mohamad dan Mohd Amar bakal bertembung satu lawan satu dalam pemilihan
PAS kali ini apabila calon lain yang layak iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub menarik diri dan hanya akan
bertanding merebut jawatan naib presiden.
Kemenangan bagi jawatan timbalan presiden dan naib presiden PAS pada 22
November ini akan menentukan masa depan parti Islam itu terutamanya sama
ada terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR) atau keluar daripada
gabungan itu.
Mohamad dilihat sebagai mewakili kumpulan yang mahukan PAS terus bersama
PR manakala Mohd Amar pula dilihat sebaliknya. – 11 November, 2013.
Duniacacamarba.
Duniacacamarba.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.