Followers

Wednesday, November 20, 2013

Pemimpin-pemimpin kita seperti rumpun dedalu, kering kontang negara di buatnya.


Photo: 20 November 2013.

Pemimpin-pemimpin kita seperti rumpun dedalu, kering kontang negara di buatnya.

Lama sudah saya hendak menulis tentang sejenis pokok, iaitu pokok dedalu. Baru sekarang kesempatan itu sampai kerana situasi sekarang sememangnya baik untuk kita mengenali dedalu-dedalu ini. 

Nama saintifik dedalu ini ialah ‘salix tetrasperma’ dan ia mempunyai lebih dari 300 spesis di seluruh dunia mengikut kajian ‘agriculturalist’ dunia. Banyak diantara spesis ini wujud di negara-negara tropikal, termasuklah negara kita ini.

Dedalu ini adalah sejenis pokok yang tumbuh di atas pokok dan dahan yang besar. Jika dedalu ini tidak di buang dan di cantas ia akan membunuh pokok besar itu akhirnya kerana dedalu ini akan menghisap segala makanan yang ada di dalam pokok yang besar itu. 

Sebagai anak kampung saya mengalami mencantas dedalu-dedalu yang tumbuh di atas  pokok-pokok mangga dan beberapa pokok buah-buahan kami yang lain.

Oleh kerana dedalu itu telah di cantas, pokok mangga dan durian itu masih hidup sehingga hari ini. Pendeknya orang-orang kampung seperti saya, akan mengenali pokok-pokok dedalu ini dengan mudah dan saya tahu bagaimana hendak mencantasnya. 

Maka pokok-pokok dedalu ini banyak kita lihat di kampung-kampung dan orang bandar ramai yang tidak mengenali dedalu ini terutamanya rakyat yang muda-muda.

Jika kita hendak menjadikan dedalu ini sebagai kiasan sahaja, kita akan terjumpa dedalu ini banyak di bandar-bandar sekarang lebih-lebih lagi di Putrajaya. Ramai pemimpin-pemimpn kita sekarang tidak ubah sebagai dedalu ‘attribute’ nya dan mereka hidup begitu mewah menghisap dan memakan apa yang ada di dalam khazanah negara. 

Pemimpin-pemimpin dedalu inilah yang akan membuatkan negara kita bankrap kerana semuanya di makan dan di hisap oleh pemimpin-pemimpin dedalu-dedalu yang begitu bercambah dalam kepimpinan dan kerajaan negara kita ini.

Itu sebabnya kita wajar mencantas dedalu-dedalu ini kerana ia akan membunuh kita akhirnya. Dedalu-dedalu ini akan terus membesar dan rimbun, sedangkan batangnya (negara) akan menjadi kurus dan lemah yang akhirnya membawa maut kepada semua sistem kerajaan kita.

Seperti pohon dedalu, jenis dedalu dalam pimpinan kita ada berbagai-bagai macam. Ada yang tinggi lampai dan ada yang rendah serta gemuk dan semua mereka ini akan menjahanamkan negara kerana jika dedalu sudah hinggap dan tumbuh di batang tubuh kita ia akan membawa maut kepada kita semua. Dedalu ini tidak tumbuh di bumi, ia tumbuh di atas pokok dan kedudukannya sentiasa di tempat yang tinggi. Yang merana adalah pokok besar di mana dedalu itu tumbuh.

Saya tidak tahu dedalu jenis yang mana satu menggunakan dan membaham wang kerajaan melalui perjalanannya dengan jet-jet eksekutif keseluruh dunia itu. Kita pun belum mengenali jenis dedalu yang menghisap wang kerajaan melalui pinjaman memelihara lembu di Gemas itu. 

Dedalu yang menghisap darah rakyat dalam isu pembekalan sistem pertahanan negara dahulu pun entah jenis apa dedalunya. Tetapi mereka adalah dedalu, ‘parasite’ yang akan membunuh mana-mana batang dan tubuh yang di hinggapinya.

Seperti yang saya ceritakan tadi saya telah mencantas dedalu-dedalu yang hidup di pohon mangga saya di kampung dahulu dan Alhamdulillah pokok mangga dan durian kami itu masih hidup sampai ke hari ini. Boleh lah anak-anak cucu merasa buah-buah itu sekarang. 

Seandainya ibu saya tidak membuang dan mencantas dedalu-dedalu itu dahulu, tidak mungkin anak-anak cucu ibu saya, dapat merasakan buah mangga dan durian itu.

Oleh yang demikian dedalu-dedalu yang hidup di Putrajaya dan di Pajabat-Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri-negeri itu wajar di cantas sekarang untuk memastikan pohon rendang negara kita tidak akan mati bagi mempastikan buah-buahan yang kita rasa sekarang itu dapat juga di rasai oleh generasi kita yang akan datang.

Dalam pilihanraya dahulu kumpulan dedalu itu masih menang tetapi nampaknya dedalu-dedalu itu sudah mula berkurangan. Tetapi dedalu-dedalu yang masih kuat sekarang sedang kita lihat kerakusan mereka menghisap segala-galanya yang ada dalam pohon negara kita.

Sesungguhnya jika pohon-pohon dan pokok buah-buahan menghadapi masalah pokok dedalu ini, di peringkat manusia dan negara pula kita sedang berhadapan dengan kumpulan dedalu yang hidup subur di atas harta dan tanaman kita.

Itulah perjuangan rakyat yang insaf. Dedalu-dedalu ini adalah musuh nombor satu kepada tamadun manusia moden sekarang ini. Banyak negara telah hilang segala-galanya kerana pemimpin-pemimpin yang mempunyai sifat seperti dedalu ini tidak berjaya di buang dan di ketepikan.

Saya terjumpa satu rangkap kata-kata yang saya anggap bermakna. Bunyinya:-

Pokok dedalu…….ia menumpang
Menjadi parasit… .ia jembalang
Dahan akan mati…ia perlu di tebang
Kalau terjumpa ….ia perlu di buang.
Pokok dedalu…jika dah di buang,
Jangan di tanam semula…ia musuh utama malam dan siang.

Oleh yang demikian, seandainya dedalu-dedalu ini hilang dan di buang, maka adalah harapan untuk generasi kita menikmati hasil tumbuhan-tumbuhan dan pokok-pokok yang kita telah tanam selama ini.

Masalahnya sekarang dedalu itu sudah kuat urat dan akar nya tertanam. Kita memerlukan kudrat yang kuat untuk mencabut dedalu-dedalu yang sudah melarat dan menjalar ke hampir keseluruhan pokok-pokok dan tanaman kita sekarang ini.

Kita mahukan negara kita hidup sampai bila-bila. Pemimpin-pemimpin dedalu in wajar di ketepikan demi masa depan negara dan generasi kita.

Posted by Aspan Alias. Lama sudah saya hendak menulis tentang sejenis pokok, iaitu pokok dedalu. Baru sekarang kesempatan itu sampai kerana situasi sekarang sememangnya baik untuk kita mengenali dedalu-dedalu ini.

Nama saintifik dedalu ini ialah ‘salix tetrasperma’ dan ia mempunyai lebih dari 300 spesis di seluruh dunia mengikut kajian ‘agriculturalist’ dunia. Banyak diantara spesis ini wujud di negara-negara tropikal, termasuklah negara kita ini.

Dedalu ini adalah sejenis pokok yang tumbuh di atas pokok dan dahan yang besar. Jika dedalu ini tidak di buang dan di cantas ia akan membunuh pokok besar itu akhirnya kerana dedalu ini akan menghisap segala makanan yang ada di dalam pokok yang besar itu.

Sebagai anak kampung saya mengalami mencantas dedalu-dedalu yang tumbuh di atas pokok-pokok mangga dan beberapa pokok buah-buahan kami yang lain.

Oleh kerana dedalu itu telah di cantas, pokok mangga dan durian itu masih hidup sehingga hari ini. Pendeknya orang-orang kampung seperti saya, akan mengenali pokok-pokok dedalu ini dengan mudah dan saya tahu bagaimana hendak mencantasnya.

Maka pokok-pokok dedalu ini banyak kita lihat di kampung-kampung dan orang bandar ramai yang tidak mengenali dedalu ini terutamanya rakyat yang muda-muda.

Jika kita hendak menjadikan dedalu ini sebagai kiasan sahaja, kita akan terjumpa dedalu ini banyak di bandar-bandar sekarang lebih-lebih lagi di Putrajaya. Ramai pemimpin-pemimpn kita sekarang tidak ubah sebagai dedalu ‘attribute’ nya dan mereka hidup begitu mewah menghisap dan memakan apa yang ada di dalam khazanah negara.

Pemimpin-pemimpin dedalu inilah yang akan membuatkan negara kita bankrap kerana semuanya di makan dan di hisap oleh pemimpin-pemimpin dedalu-dedalu yang begitu bercambah dalam kepimpinan dan kerajaan negara kita ini.

Itu sebabnya kita wajar mencantas dedalu-dedalu ini kerana ia akan membunuh kita akhirnya. Dedalu-dedalu ini akan terus membesar dan rimbun, sedangkan batangnya (negara) akan menjadi kurus dan lemah yang akhirnya membawa maut kepada semua sistem kerajaan kita.

Seperti pohon dedalu, jenis dedalu dalam pimpinan kita ada berbagai-bagai macam. Ada yang tinggi lampai dan ada yang rendah serta gemuk dan semua mereka ini akan menjahanamkan negara kerana jika dedalu sudah hinggap dan tumbuh di batang tubuh kita ia akan membawa maut kepada kita semua. 
 
Dedalu ini tidak tumbuh di bumi, ia tumbuh di atas pokok dan kedudukannya sentiasa di tempat yang tinggi. Yang merana adalah pokok besar di mana dedalu itu tumbuh.

Saya tidak tahu dedalu jenis yang mana satu menggunakan dan membaham wang kerajaan melalui perjalanannya dengan jet-jet eksekutif keseluruh dunia itu. Kita pun belum mengenali jenis dedalu yang menghisap wang kerajaan melalui pinjaman memelihara lembu di Gemas itu.

Dedalu yang menghisap darah rakyat dalam isu pembekalan sistem pertahanan negara dahulu pun entah jenis apa dedalunya. Tetapi mereka adalah dedalu, ‘parasite’ yang akan membunuh mana-mana batang dan tubuh yang di hinggapinya.

Seperti yang saya ceritakan tadi saya telah mencantas dedalu-dedalu yang hidup di pohon mangga saya di kampung dahulu dan Alhamdulillah pokok mangga dan durian kami itu masih hidup sampai ke hari ini. Boleh lah anak-anak cucu merasa buah-buah itu sekarang.

Seandainya ibu saya tidak membuang dan mencantas dedalu-dedalu itu dahulu, tidak mungkin anak-anak cucu ibu saya, dapat merasakan buah mangga dan durian itu.

Oleh yang demikian dedalu-dedalu yang hidup di Putrajaya dan di Pajabat-Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri-negeri itu wajar di cantas sekarang untuk memastikan pohon rendang negara kita tidak akan mati bagi mempastikan buah-buahan yang kita rasa sekarang itu dapat juga di rasai oleh generasi kita yang akan datang.

Dalam pilihanraya dahulu kumpulan dedalu itu masih menang tetapi nampaknya dedalu-dedalu itu sudah mula berkurangan. Tetapi dedalu-dedalu yang masih kuat sekarang sedang kita lihat kerakusan mereka menghisap segala-galanya yang ada dalam pohon negara kita.

Sesungguhnya jika pohon-pohon dan pokok buah-buahan menghadapi masalah pokok dedalu ini, di peringkat manusia dan negara pula kita sedang berhadapan dengan kumpulan dedalu yang hidup subur di atas harta dan tanaman kita.

Itulah perjuangan rakyat yang insaf. Dedalu-dedalu ini adalah musuh nombor satu kepada tamadun manusia moden sekarang ini. Banyak negara telah hilang segala-galanya kerana pemimpin-pemimpin yang mempunyai sifat seperti dedalu ini tidak berjaya di buang dan di ketepikan.

Saya terjumpa satu rangkap kata-kata yang saya anggap bermakna. Bunyinya:-

Pokok dedalu…….ia menumpang
Menjadi parasit… .ia jembalang
Dahan akan mati…ia perlu di tebang
Kalau terjumpa ….ia perlu di buang.
Pokok dedalu…jika dah di buang,
Jangan di tanam semula…ia musuh utama malam dan siang.


Oleh yang demikian, seandainya dedalu-dedalu ini hilang dan di buang, maka adalah harapan untuk generasi kita menikmati hasil tumbuhan-tumbuhan dan pokok-pokok yang kita telah tanam selama ini.

Masalahnya sekarang dedalu itu sudah kuat urat dan akar nya tertanam. Kita memerlukan kudrat yang kuat untuk mencabut dedalu-dedalu yang sudah melarat dan menjalar ke hampir keseluruhan pokok-pokok dan tanaman kita sekarang ini.

Kita mahukan negara kita hidup sampai bila-bila. Pemimpin-pemimpin dedalu in wajar di ketepikan demi masa depan negara dan generasi kita.

Posted by Aspan Alias.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.