Followers

Sunday, November 24, 2013

PAS tidak akan khianat tahaluf siyasi, kata Majlis Syura Ulama - OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Photo: Sunday, November 24, 2013.

Berita Ini Melegakan Ramai Orang.

PAS tidak akan khianat tahaluf siyasi, kata Majlis Syura Ulama
OLEH MOHD FARHAN DARWIS

PAS hari ini tampil memberikan komitmen untuk tidak sesekali mengkhianati “tahaluf siyasi” atau kerjasama politik yang dibentuk bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

Setiausaha Majlis Syura Ulama itu menegaskan ketika memberi ucapan di Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Shah Alam sebentar tadi.

"Tahaluf siyasi akan kita kekalkan. Insya-Allah, PAS tidak akan mengkhianati rakan PR," katanya di hadapan 1,129 perwakilan muktamar kali ini.

"Kita harap-harapkan anggota faham, dan jangan berlaku perkara tidak diingini. Ada ahli PAS keluar parti untuk bersama parti lain. 

Ia tidak diizinkan syarak," katanya lagi.Nik Muhammad Zawawi bagaimanapun berkata garis panduan kerjasama politik itu tidak seharusnya dilanggar.

Katanya, sekiranya garis panduan yang ditetapkan Majlis Syura Ulama itu dipatuhi, sayap parti Islam berkenaan tidak sesekali akan berganjak daripada strategi berkenaan. – 24 November, 2013.

Posted by mountdweller

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.