PAS perlu berhati-hati dengan perangkap Umno, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 21 November, 2013.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengingatkan perwakilan PAS agar lebih berhati-hati dengan perangkap Umno yang mahu menjalinkan kerjasama bersama parti Islam itu kerana berdasarkan sejarah, Umno hanya sekadar menggunakan PAS bagi mengukuhkan sokongan rakyat.
Mohamad atau dikenali juga sebagai Mat Sabu, berkata dalam beberapa siri pilihan raya, Umno beberapa kali menyeru PAS untuk mengadakan kerjasama yang akhirnya PAS sendiri yang terkorban melalui kerjasama itu.
“Selepas 13 Mei 1969, Parti Perikatan tidak dapat membentuk kerajaan di Selangor dan Perak. Umno hilang sokongan. Waktu itulah tangan dihulur kepada kita.
“Apabila kita menang besar dalam pilihan raya 2008, mereka hilang dua pertiga majoriti. Mereka cuba mengecit mata kepada kita. Melambai-lambai tangan,” katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) di Petaling Jaya, malam tadi.
Semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi menafikan dua pertiga kerusi parlimen Barisan Nasional (BN) apabila parti itu sekadar mendapat 133 kerusi menyusut berbanding PRU12 tahun 2008 dengan 140 kerusi.
PRU13 turut menyaksikan PR buat pertama kali berjaya menafikan penguasaan undi popular yang dimenangi BN apabila memperolehi 51.3% daripada keseluruhan undi yang diterima berbanding BN yang hanya menerima 48.7% undi.
Mohamad berkata, PAS terbuka kepada sebarang bentuk perbincangan tetapi mereka amat berhati-hati dengan rundingan yang dikemukakan oleh Umno.
“Bagi kita untuk berbincang dengan sesiapa pun, PAS tidak pernah menutup pintu tetapi jemputan pemerintah untuk bersama, kami amat berhati-hati.
“Awas, dalam suasana begini. Jangan tergoda dengan senyuman Umno. Senyuman ini, senyuman beracun. Dalam sejarah politik Malaysia, Umno menghulurkan tangan apabila kita berada dalam keadaan lemah,” katanya yang memberikan contoh peristiwa Memali pada 1985 sebagai salah satu bukti kecurangan Umno.
Minggu lalu, akhbar berbahasa Inggeris milik MCA mendakwa allahyarham Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim Mahmud yang terkorban dalam pertempuran bersama pihak berkuasa dalam insiden Memali sebagai pengganas.
Mohamad menafikan dakwaan itu sambil menyifatkan Ibrahim bersama 13 pengikutnya sebagai seorang pejuang anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pernah mengunjungi pusara guru agama itu.
Semasa perasmian muktamar DPPM itu juga, Mohamad sempat memberi amaran kepada pemimpin parti Melayu terbesar negara: “Umno, kalau kamu mengenyit mata, takkan ku balas. Kau melambai tangan, ku tampar tanganmu itu.
“Umno dan BN kalau mereka kuat, mereka menindas kita tanpa belas kasihan. Bila mereka lemah, cuba mengenyit mata, melambai tangan kepada kita,” katanya.
Orang nombor dua dalam parti Islam itu turut memberi isyarat bahawa PRU14 sebagai pengakhiran kepada pentadbiran BN yang disifatkannya sudah berada di penghujung usia.
“BN sudah sampai di penghujung usia dan sudah jadi nenek kebayan. Mereka hanya menang dengan jampi serapah yang hanya memukau rakyat buat sementara.
“Jampi serapah itu tidak akan masin lagi menjelang PRU14. Kita yakin PRU14, Putrajaya melambai kita,” katanya. - 21 November, 2013.
The Malaysian Insider.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.