Followers

Sunday, November 3, 2013

NAJIB MAINKAN MAHATIR: Serangan balas pertama akan bermula! - KP Chee, Malaysia Chronicle

NAJIB MAINKAN MAHATIR: Serangan balas pertama akan bermula!
Bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno Mahathir Mohamad adalah seorang lelaki yang licik dalam politik dan yakin dia mempunyai jawapan kepada persoalan dan penyelesaian bagi setiap masalah.


Visi pembangunannya berskala besar dan dia akan menentukan undang-undangnya sendiri. Dia tidak pernah menyembunyikan kenyataan bahawa dia tidak bersetuju dengan prinsip demokrasi dan berpendapat bahawa ‘golongan yang kotor (err.. golongan berpendapatan rendah) belum cukup bersedia untuk berfikir untuk diri mereka sendiri.

Dia memastikan semasa menjadi Menteri Pendidikan bahawa pelajar tidak akan dibenarkan, untuk bebas berfikir, dalam diam dia berpendapat bahawa rakyat yang jahil dan tidak bijak sepatutnya tidak boleh dibiarkan mengundi.

Pilihan raya baginya merupakan sesuatu yang tidak disukainya namun perlu dilaksanakan  dan dengan sedikit bantuan dari Suruhanjaya Pilihan Raya yang patuh dan Jabatan Pendaftaran Negara - kegagalan boleh dielakkan dengan amalan persempadanan semula kawasan pilihanraya yang sistematik, undi pos dan pengundi hantu dalam daftar pemilih yang telah diubah.

Selagi undi memihak kepada partinya, Mahathir akan bertolak ansur dengan konsep demokrasi berparlimen.

Dipaksa meletak jawatan setelah menjadi liabilit yang besar


Untuk memastikan kuasanya kekal untuk selamanya, dia menjadikan jawatan presiden Umno tidak akan dicabar. Dia memecat setiap timbalan yang dirasakan ancaman yang serius terhadap dirinya, dan mengangkat pengampu yang pentingkan diri untuk memegang jawatan menteri. Dia memansuhkan kekuasaan raja-raja pada tahun 1983, sekali gus membuka jalan untuk melantik dirinya sebagai Presiden seumur hidup dan menjadikan Malaysia umpama sebuah republik - tetapi dia tahu dia terpaksa mengambil masa yang lama masa untuk menjadikan cita-cita ini kenyataan.

Sudah pasti, dia tidak suka dengan sikap keras kepala bekas timbalannya Anwar Ibrahim - dia dipecat pada September 1998 dan kemudiannya meneruskan kempen menjatuhkan Anwar dengan sejahat-jahat niat untuk memusnahkan reputasi dan kerjaya Anwar buat selama-lamanya. Anwar bertahan dan membela maruahnya, walaupun telah dipenjarakan selama 6 tahun atas tuduhan palsu. Dendam Mahathir memakan diri sendiri dan populariti Anwar mula memuncak, memecahkan orang Melayu kepada dua kumpulan.

On 31 October 2003 Mahathir was virtually forced to step down because he had become a grave liability to Umno – or, rather Umno Baru, the ersatz party Mahathir conjured into being in 1988 through sheer sleight of hand. But that didn’t stop Mahathir from daydreaming of a political dynasty. After all, his political enemies had established their own dynasties – why should he not aspire to the same?

Pada 31 Oktober 2003 Mahathir hampir terpaksa berundur kerana dia telah menjadi liabiliti besar kepada Umno – atau lebih tepat lagi, Umno Baru, parti yang diwujudkannya pada tahun 1988 dengan kelicikkan muslihat. Tetapi itu tidak menghalang Mahathir daripada berkhayal akan sebuah dinasti politik. Lagipun, musuh-musuh politiknya telah menubuhkan dinasti sendiri - mengapa dia tidak boleh mengimpikan sesuatu yang serupa?

Raksasa Frankenstein



Bekerja tanpa mengenal penat lelah di sebalik tabir, Mahathir menggunakan sumber dan pengaruhnya ke atas teman-teman setianya untuk melemahkan penggantinya, Abdullah Badawi dan Najib Razak. Umur merupakan musuh Dr Mahathir, maka dia akan memberi tumpuan untuk memerintah melalui proksinya Mukhriz, si anak bongsu. Akhirnya dia berjaya mendapatkan Mukhriz, seorang yang kurang dikenali di arena politik, untuk dilantik sebagai Menteri Besar Kedah, negeri asal Mahathir. Langkah seterusnya adalah untuk memastikan Mukhriz menjadi naib timbalan presiden dalam Umno.


Walaupun stelah berusaha bersungguh-sungguh, Mahathir gagal untuk mendapatkan apa yang dia mahu bagi anaknya Mukhriz. Seperti semua orang yang gila kuasa, Mahathir yang dikelilingi oleh peminat dan pemuja, dengan jayanya melindungi dirinya dari kemarahan pengundi yang semakin meningkat kerana semakin berpengetahuan. Egonya yang besar menjadikan dirinya enggan menerima kenyataan bahawa dia sudah tidak lagi relevan dalam landskap politik yang semakin berubah.

Umno Baru, raksasa Frankenstein yang rakus dengan kekayaan segera yang dicipta Dr Mahathir, sudah tidak lagi taat kepada penciptanya .

Memilih antara dua kejahatan- Hisham dan Mukhriz
Sekarang mari kita lihat calon-calon yang menang dalam pemilihan Umno baru-baru ini.

Zahid Hamidi telah berkempen bersungguh-sungguh untuk memenangi pemilihan parti. Sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru dilantik, Zahid mempunyai kelebihan sebagai penyandang jawatan dan dia menunggang arus paranoia kaum yang dicipta oleh Mahathir untuk memelihara perpecahan kaum agar lebih mudah disalah tadbir.

Hishammuddin Hussein berasal dari keluarga yang mempunyai sejarah panjang dan mantap dalam politik dan kerajaan –tambahan pula, dia mendapat sokongan Najib dan lampu hijau. Fakta yang menunjukkan dia hanya memenangi margin yang sedikit menjelaskan kegagalannya untuk menarik perhatian sebagai pemimpin. Antara kem Najib dan Mahathir, sentimen kurang memihak kepada Hishammuddin berbanding Dr Mahathir dengan caranya untuk mendapatkan apa yang dihajati- dan bahagian besar gula-gula – untuk sekali lagi.

Shafie Apdal pada dasarnya merupakan ‘lone renjer’ dan baru sahaja setahun jagung dalam arena politik nasional tetapi dia mempunyai kelebihan sebagai seorang menteri yang penting di peringkat persekutuan dan telah berada dalam kedudukan itu selama hampir dua penggal. Ini adalah faktor utama yang membolehkan Shafie untuk membina sokongan di seluruh negara di kalangan akar umbi.

Mukhriz Mahathir, sebaliknya, teragak-agak dan hanya mengumumkan pencalonannya di saat-saat akhir. Dia tidak mempunyai keyakinan diri dan hanya boleh mengambil jalan keluar dengan protes-protes kosong. Selepas memasuki perlumbaan itu, dia bergantung kepada pengurus kempennya, tak lain tak bukan bapanya yang cerdik, untuk mempromosikannya. Sebagai anak bongsu Mahathir, Mukhriz sentiasa mendapat jalan yang mudah. Dia memperolehi kekayaan di atas monopoli perniagaan yang diserahkan kepadanya begitu sahaja. Jadi Mukhriz hanya duduk dan berharap untuk mencapai kejayaan.

Najib menipu Mahathir



Mahathir memandang ringan pada Najib, yang dengan liciknya ini membuat Mahathir memberi persetujuan ke atas pelantikan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah, di mana dia boleh memainkan peranannya sebagai ikan besar dalam kolam kecil - tetapi tanpa sokongan di peringkat kebangsaan, Mukhriz tidak mungkin dapat meninggalkan kesan dalam perebutan jawatan presiden Umno Baru yang dipimpin Najib.

Mahathir mempunyai beberapa strategi.

Sehingga dia mencapai matlamatnya, Mahathir tidak akan membiarkan Najib begitu sahaja. Itulah sifat binatang politik di dalam dirinya - dia sudah pasti tidak akan membiarkan Najib Razak begitu sahaja.

Mahathir the Unstoppable may have officially relinquish the post of Umno Baru president and prime minister, but his unrelenting ego ensures that nothing short of death will bring his insatiable power lust to an end. Even then, he will not quickly be forgotten, as the administrative mess he left behind will take at least another generation to sort out.

Mahathir yang sukar dihalang secara rasmi telah melepaskan jawatan presiden dan perdana menteri dalam Umno Baru, tetapi egonya mahu memastikan hanya kematian sahaja yang mampu mematahkan nafsunya untuk berkuasa. Namun begitu, dia tidak akan cepat dilupakan, kerana keadaan huru-hara yang telah ditinggalkannya dalam sistem pentadbiran akan mengambil masa sekurang -kurangnya satu generasi lagi untuk diselesaikan.

Mereka yang menghalang Mahathir akan menghadapi kemarahan dan dendamnya. Orang yang memerintah dengan kuku besi selama 22 tahun kini dalam misi antara hidup -atau- mati untuk mengembalikan pengaruh politik dan melindungi warisannya yang penuh dengan keangkuhan.

Mahathir tidak akan mampu melakukannya sendiri


Mahathir tidak boleh mengalahkan Najib dengan sendiri. Dia mesti mempunyai satu pasukan, senario yang sama telah digunakan oleh Ku Li semasa mencabar Mahathir, dengan pasukan A dilagakan dengan pasukan B.

Mahathir menyedari bahawa kuasanya semakin berkurangan dari hari ke hari, dan perkara pertama yang perlu dilakukannya adalah untuk menyatukan apa sahaja sumber-sumber yang masih dikawalnya.

Sejak ramai pemimpin UMNO kini tunduk dan mencium tangan Najib, Mahathir perlu mendapatkan bantuan dari luar UMNO: orang-orang yang tidak terikat dengan sesiapa, NGO ultra-Melayu dan blogger upahan. Dia akan terpaksa membelanjakan wang yang banyak, yang sudah semestinya, dia mampu.

Dia akan mempunyai untuk memenangi hati musuh-musuh Najib dalam Umno Baru. Pemimpin yang jatuh seperti bekas Menteri Besar Melaka Ali Rustam yang mahu kuasa dan kegemilangannya dikembalikan; Idris Jusoh, yang mengidamkan jawatan Menteri Besar Terengganu dan segelintir yang telah ditawarkan jawatan yang kabur tetapi masih mengimpikan perkara yang lebih besar. Ini adalah orang-orang yang boleh dipujuk untuk berada di pihak Mahathir.

Mendapat semangat dari mereka yang percaya

Mahathir akan mengalu-alukan orang-orang di dalam komuniti perniagaan yang telah dilupakan oleh Najib - dan agak ramai juga jumlah mereka sekarang. Mereka juga sedang menunggu Mahathir untuk melakukan sesuatu bagi pihak mereka untuk memperbetulkan keadaan kerana Najib dan Rosmah telah menutup pintu bagi mereka.

Mahathir perlu memastikan bahawa media seperti TV3 dan Utusan akan memberi pendedahan yang cukup untuk menyuarakan pandangannya, jika tidak, untuk menumpukan perhatian kepadanya supaya dia akan lebih menyerlah berbanding Najib. Mahathir masih mempunyai penyokong setia dalam media - dan dia telah 'memujuk' mereka yang pro-Najib untuk tidak terus mengabaikan mereka..

Selain memperkasakan dirinya, Mahathir terpaksa melemahkan Najib dengan mensabotaj rangkaian perhubungan dan melonggarkan cengkamannya. Mahathir tidak mempunyai pilihan tetapi bergantung kepada skandal lama dan apa-apa kisah baru yang mungkin timbul: menghidupkan semula cerita-cerita lama dan memperbesarkan isu-isu yang baru.

Mahathir tidak perlu bimbang untuk mendapatkan bantuan luar bagi mencemarkan imej Najib kerana sudah ramai di antara NGO dan pihak pembangkang yang berbuat demikian.

MO - Serang, serang, serang

Mahathir kini perlu menyerang Najib dengan merosakkan sekutu terdekat Najib, rakan-rakan dan ahli keluarganya. Mahathir akan cuba memperkecil-kecilkan mereka, jika tidak, menghina semua yang telah dilantik Najib.

Cerita pemilihan Umno Baru belum berakhir. Sebenarnya, ia baru sahaja bermula.

Terjemahan olen Huzainah A Rani, Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.