Followers

Wednesday, November 20, 2013

Menteri Zakat Dah Lekat Atau Masih Tersekat?


Semasa soal jawab bersama Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad di dewan parlimen semalam Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku Menteri di Jabatan Perdana menteri menegaskan kera jaan pusat tidak mempunyai kuasa untuk memungut zakat pendapatan penjawat awam kerana urusan kutipan zakat terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri kutipan yang melangkaui sempadan negeri adalah sensitif. 
 
Sehubungan dengan itu satu cadangan pekeliling dari Majlis Agama Wilayah Persekutuan telah dibicangkan dalam satu mesyuarat ketua setiausaha kementerian dan ketua perkhidmatan kerajaan persekutuan minggu lepas.

"Pekeliling am yang dicadangkan itu melupakan arahan pentadbiran yang berbentuk sukarela di mana hanya penjawat awam yang bersetuju sahaja akan dibuat potongan gaji," tambah beliau.

Nik Mazian bertanyakan tentang pendirian kerajaan pusat berkenaan zakat pendapatan (gaji) dan adakah kerajaan memberi penerangan kepada penjawat awam mengenai
wajibnya zakat pendapatan sebagaimana zakat harta.

http://m.malaysiakini.com/news/247013

Di sini timbul tanda tanya kita semua, jika kera jaan pusat tiada kuasa memungut zakat kenapa menteri ini boleh menggunakan wang zakat tersebut? Adakah menteri agama itu termasuk di dalam asnah zakat jugak ke? Mazhab mana dia pakai ni?

http://keadilandaily.com/mobile/?post=24726

http://keadilandaily.com/mobile/?post=16317

Keduanya timbul pula persoalan mengapa hukum mengeluarkan zakat pendapatan ini tidak menyeluruh ke atas setiap kakitangan awam termasuk para menteri yang beragama Islam? 
 
Bukankah hukum mengeluarkan zakat pendapatan itu wajib ke atau setiap orang Islam yang sampai nisab dan cukup tempohnya? Tiada sukarela dan pengecualian sebenarnya.

Adapun dalil AlQur’an, diantaranya firman Allah l :

“Ambillah zakat dari sebagian harta mereka. Dengan zakat itu, kamu membersihkan dan mensucikan mereka.”
(At-Taubah:103)

“Dan tegakkanlah solat dan tunaikanlah zakat.”
(Al-Baqarah:110).

Kemudian dalil dari Sunnah adalah hadis yang diriwayatkan oleh al Bukhariy dan Muslim dari Ibnu Abbas bahawa beliau berkata,

“Sesungguhnya Rasulullah ketika mengutus Muadz ke Yaman berkata, ‘Sesungguhnya engkau akan mendatangi satu kaum dari Ahli Kitab. Karena itu, jika kamu menjumpai mereka, serulah mereka kepada syahadat tiada yang berhak disembah dengan haq kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. 
 
Jika mereka mentaati engkau dalam hal itu, maka ajarilah mereka bahawa Allah telah mewajibkan atas mereka solat lima waktu dalam sehari semalam. 
 
Jika mereka telah mentaatimu dalam hal tersebut, maka ajarilah mereka bahawa Allah telah mewajibkan atas mereka sedakah atas harta mereka, yang diambil dari orang-orang kaya mereka dan dibagi-bagikan kepada para faqir miskin dari mereka. 
 
Jika mereka telah mentaatimu dalam hal tersebut, maka berhati-hatilah terhadap harta-harta kesayangan mereka dan bertakwalah dari doa-doa orang yang dizalimi karena tidak
ada penghalang darinya dengan Allah".
(HR al Jamaah)

Berkenaan dengan syarat wajib dan cara mengeluarkan zakat, boleh dirujuk di sini........

http://ustadzkholid.wordpress.com/2008/07/08/syarat-kewajiban-dan-cara-mengeluarkan-zakat/

Apakah Menteri Agama ni tak tahu ke bahawa Khulafa ar Rasyidin Sayidina Abu Bakar as Siddiq ra tidak pernah mengecualikannya.....

Dari Abu Hurairah ra, beliau meriwayatkan:

Ketika Rasulullah saw baru saja wafat dan kemudian Abu Bakar ra diangkat sebagai khalifah sesudah beliau meninggal, pada saat itu sebagian bangsa Arab kembali kepada kekafiran. 
 
Ketika itu Umar bin al-Khattab ra berkata kepada Abu Bakar, “Bagaimana mungkin engkau akan memerangi orang-orang itu - (maksudnya adalah kaum yang
enggan membayar zakat)?" 
 
Sementara Rasulullah saw
bersabda, ‘Aku diperintahkan untuk memerangi manusia
sampai mereka mengucapkan la ilaha illallah. 
 
Barangsiapa yang telah mengucapkan la ilaha illallah maka dia telah menjaga harta dan jiwanya dariku kecuali apabila ada alasan yang benar -untuk mengambilnya-. 
 
Adapun hisabnya adalah terserah kepada Allah ta’ala.’?.” Maka Abu Bakar pun mengatakan, “Demi Allah! Benar-benar aku akan memerangi orang-orang yang membeda-bedakan antara sholat dengan zakat. 
 
Karena zakat adalah hak atas harta. Demi Allah! Seandainya mereka tidak mau menyerahkan kepadaku seikat karung (zakat) yang dahulu biasa mereka tunaikan kepada Rasulullah saw niscaya aku akan memerangi mereka jika mereka berkeras tidak menyerahkannya.
 
” Umar bin al-Khattab ra mengatakan, “Demi Allah! Tidaklah mungkin hal itu berani dilakukannya melainkan aku yakin karena Allah

memang telah melapangkan dada Abu Bakar untuk
berperang. Dari situlah aku mengetahui bahwa dia berada
di atas kebenaran.” 

(HR. Bukhari dan Muslim)

Wallahu'alam.
Raunas Dhom

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.