SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat Mohamad Sabu perlu menang
dalam Muktamar Pas ke-59, 22 hingga 25 November ini bagi menguatkan
hubungan parti itu dengan PR.
Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata peluang penyandang Timbalan Presiden Pas, Mohamad adalah "aset" yang berguna untuk hubungan politik antara parti perikatan pembangkang yang lain.
Menurutnya, perwatakan dan sikap Mohamad yang disenangi semua pihak terutama rakan PR akan turut menyumbang kepada kemenangannya dalam pemilihan muktamar kali ini.
"Orang PR suka dia, dia juga pemimpin popular yang boleh dianggap profesional.
"Dia juga yang banyak bersama PR dalam aktiviti anjuran PR, dalam soal hudud, dia disenangi pemimpin PR lain terutama DAP akan mengeratkan lagi hubungan politik PR dan Pas," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan dua daripada lima calon Timbalan Presiden
Pas, Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden
Pas, Salahuddin Ayub telah menarik diri dan memutuskan akan bertanding
untuk jawatan naib presiden.
Hari ini, seorang lagi calon Timbalan Presiden, Datuk Husam Musa turut membuat keputusan untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden Pas.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah masih belum mengumumkan keputusan muktamad untuk penawaran jawatan tersebut.
Dalam pada itu, Azizuddin berkata, jika Husam tidak menarik diri dan wujud pertandingan tiga penjuru antara Mohamad dengan Husam dan Nik Mohd Amar untuk jawatan timbalan presiden, peluang masih cerah bagi penyandangnya.
Katanya, Mohamad juga calon popular dan mempunyai penyokong tersendiri.
"Mat Sabu ini popular juga dia sama seperti Husam.
"Namun Husam ini mungkin disebabkan krisisnya di Kelantan penyokong akan 'split' undi, dan mampu juga bagi saingan sengit.
"Kalau Nik Mohd Amar ini pendekatan politiknya agak sederhana dan agak kabur, dan hanya mungkin mendapat undi daripada ulama sahaja, jadi peluang Mat Sabu masih cerah walaupun ada sedikit berlaku pecah undi," katanya lagi.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.