Followers

Tuesday, November 12, 2013

KPN Berkata Bukan Tugas Polis Untuk Siasat Peguam Negara !!




Hanya Berlaku Di Malaysia.. Pelik dimata dunia, tapi biasa biasa sahaja di Malaysia.. Hari ni dalam sejarah, Polis x bertanggungjawab untuk siasat pertuduhan salah laku Peguam Negara kata Ketua Polis Negara. Pulak dah?!

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata penyalahgunaan kuasa mesti dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan satu siasatan dijalankan. 
Awal2 lagi IGP Khalid tolak bagi kpd SPRM sebelum sempat Ketua Pesuruhjaya SPRM Abu Kassim berkata apa2. Kononnya hanya SPRM yg boleh siasat kes salahguna kuasa AG, bukan polis. Ok, IGP kata bukan kerja polis siasat kes. 
Itu kerja SPRM. Tapi SPRM boleh buat apa? Tang ni yang akan jd pelik yang hanya ada di Malaysia.. Bila dipikir bebetul, IGP xnak siasat, suruh SPRM siasat AG pasal kes salahguna kuasa. Kuasa SPRM hanya setakat siasat. Kuasa mendakwa takda. 
Kene tunggu arahan AG. Polis pulak xle nak dakwa kalau takde kes lengkap dari SPRM atas arahan AG. So, yang jd peliknya, takkan AG nak dakwa AG? SPRM siasat, AG luluskan dan arah untuk dakwaan, Polis pula tangkap bila arahan sampai. So, camne nih? AG ada satu je, bukan dua orang..

Semak punya semak Perlembagaan Persekutuan, Perkara 145 ada kaitan ngan Peguam Negara. Agong lantik AG atas nasihat PM. Kerja AG nasihat Agong dan seluruh Kabinet. Dalam Perkara 145 pulak AG berkuasa mutlak atas prosiding mahkamah kecuali mahkamah syariah, anak negeri & tentera. Lain2 prosiding kuasa dia.

Bukan boleh pecat AG camtu je melainkan Agong tak berkenan kat dia. Itupun hanya via tribunal macam Mahathir buang Ketua Hakim Negara Tun Salleh 1988.. Senang cerita AG ni tahap kebal gile lah.. Melinkan dia sendiri letak jawatan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.