Followers
Sunday, November 24, 2013
KONGRES NASIONAL KHAS 2013 PKR
KEADILAN pagi ini 24hb November 2013 sedang mengadakan Kongres Nasional Khas bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, yang di hadiri lebih 1,500 perwakilan.
Kongres khas tersebut yang bermula seawal jam 9.00 pagi diadakan bagi membentang dan meluluskan beberapa pindaan terhadap perlembagaan parti sebagai langkah memenuhi tuntutan semasa politik tanah air.
Antara pindaan tersebut termasuk jumlah undi untuk Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam pemilihan parti itu yang dijangka pada April atau Mei tahun depan.
.
Pindaan perlembagaan parti itu juga dikatakan memberi lebih kuasa kepada anggota peringkat akar umbi untuk membuat keputusan mengenai hala tuju parti dan memilih calon yang dirasakan sesuai.
KEADILAN sebelum ini meminda perlembagaan parti sebanyak tiga kali antaranya penyatuan dengan Parti Rakyat Malaysia dan Parti Keadilan Nasional untuk membentuk Parti Keadilan Rakyat yang diadakan pada tahun 2003.
Kali terakhir KEADILAN meminda perlembagaan parti ialah pada tahun 2010 di mana parti itu menetapkan pemilihan secara langsung melalui seorang anggota satu undi.
Omak Kau ingatkan apabila semua lidah biawak rasmi UMNO mengembar gemburkan setiap hari ada saja anggota KeADILan meninggalkan parti masuk UMNO maka sudah pasti Kongres Nasional Khas 2013 pagi ini akan menjadi hambar, sunyi sepi, lemah longlai tiada anggota parti yang sudi hadir.
Lagi kuat di tomah dan di fitnah sampaikan anggota parti Sarawak dan Sabah pun sanggup singgah.
Masa depan Pakatan Rakyat kini kelihatan cerah untuk melihat UMNO/BN rebah tersungkur baham tanah.
Omak kau!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.